Followers

09 April 2012

MACARONI BAKAR





Dah lama tak masak macaroni bakar nie...adik beradik dah lama request nak makan..cuma masa jer tak sempat ..ada jer agenda yg nak buat..so hari nie memandangkan takde aktiviti nak buat..so tgh hari lg aku dah masak benda nie....aku belajar makan benda nie dari officemate dulu...lelaki tau...tp mamat nie memang suka masak memasak...ok meh kita tgk resepi pulak...







Macaroni Bakar
Sumber : AnnaAlisya


Bahan2

1 paket macaroni ( aku guna sunremo) - di rebus
500 gm daging kisar
7 biji telur
2 biji bawang besar*
1/2 labu bawang putih* - di tumbuk halus
1 inci halia*
2 sudu minyak sapi (utk menumis)
6 sudu planta
1 senduk kecil cili kering yg telah diblender
1/2 botol kecil cili sos
1/2 botol sos tomato
1 tin cendawan butang
1 biji tomato masak - potong dadu
bunga lawang , biji pelanga dan kayu manis

Cara2

Rebus macaroni dan campur sedikit minyak masak supaya tak melekat diantara satu sama lain.  Panaskan minyak sapi dan planta....tumis bahan2 yg ditumbuk halus tadi....bila dah garing masukkan cili blender, tunggu sehingga cili garing baru masukkan cili sos, cili tomato, bunga lawang, biji pelanga dan kayu manis.  Lepas tu masukkan tomato yg dah di potong dadu tadi...bila semua dah sebati...masukkan daging...biar sampai mendidih dan daging dah masak ...masukkan pulak cendawan....pecahkan 2 biji telur dari 7 biji tadi...kacau perlahan....masukkan dlm kuali terus masukkan macaroni yg telah direbus tadi....kacau cepat-cepat...tutup api...Masukkan macaroni yg dah siap goreng tadi ke dalam loyang...padat2 kan...lepas tu pecah kan 5 biji telur dlm mangkuk asing....kocok sket...tuangkan telur2 tadi atas permukaan macaroni tadi...kalau nak letak cheese pun ok gak..tpi ana tak letak sbb takde stok kat umah...ratakan telur ke seluruh permukaan macaroni tadi...bakar dlm oven suhu 170C selama 35minit (api atas bawah)...
tunggu sejuk baru hidangkan..kalau tak nanti masa potong dia berderai...

Selamat Mencuba......





No comments:

Post a Comment