Followers

14 April 2012


CHOCOLATE PANDAN CUPCAKES







Jumaat lepas balik jer dari ker...bergegas aku ke dapur menyinsing lengan ...buat cupcakes nie...sejak kat Azlita Masam Manis tayang kat blog nyer...kecur liur ku terasa2 keenakkan cupcakes  nie...bahan2 memang sedia ada dlm esbok cuma lupa nak call adik aku suh kuarkan dulu butter supaya jadi suhu bilik...



Nie ha aku punya cupcake tak cantik mcm kak ita punya..tapi raser maintain sedap ko...tak caya tanya adik beradik aku..sempat aku bekalkan sorang 4 ketul bwk balik umah..ngeh..ngeh ngeh...



Chocolate Pandan CupCakes

250 gram mentega~ di  cairkan  dan sejukkan
250 gram gula kastor
250 gram tepung gandum, diayak
8 biji telur
1 camca besar ovallate
4 camca besar susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco
1 camca teh pes pandan
Perawna kuning dan hijau

Panaskan oven pada suhu 170C
Susun cawan kertas dalam loyang muffin ~ ketepikan

Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit).
Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak, satu diletak pandan paste dan pewarna hijau ~ kacau rata.
Satu lagi diletak coklat emulco dan serbuk koko ~ kacau sebati.
Satu bahagian lagi letakkan paste vanila dan sedikit pewarna kuning ~ kacau rata
Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan, kuning  dan coklat.
Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak.
Keluarkan kek dan susun atas redai hingga kek sejuk


SELAMAT MENCUBA.............


1 comment:

  1. Salam kenal Anna, amboi..balik keje terus buat, rajinnya. Akak ni kalau keje agaknya, tak dpt la nak buat kek. Tak suka dok kat dapur dari ptg sampai ke malam...hehe..

    ReplyDelete