Followers

05 April 2012

Apam Polkadot & Trio Steamer








Kejadian apam polkadot kali nie semuanya menjadi....aku sgt2 puas hati sebab kejap jer siap apam2 nie....taz mintak 100 biji mula2 aku mcm malas nak amik order memandangkan process mengapam nie renyah jgk belum lg adunan tu buat hal lagi tension di buatnya.




pertama kali kukus apam nie guna steamer trio apam polkadot ku bertukar jadi apam mekar.  Mungkin steamer tu terlalu panas dan wap dia pun byk! so hari tu berjalan2 kat kak yatie Sinar Kehidupan nampak entry kak yatie buat apam nie kukus guna steamer trio nie cuma cara kak yatie dia letak di bahagian kedua....Apa lg...aku pun dgn kadar segera...terus ikut cara kak yatie...
weyooooo berjaya....

Meh kita layan resepi pulak...

Apam Polka Dot
Sumber: Kak Yatie "Sinar Kehidupan"


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus (ana letak 180gm)
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder (ana letak 2 sudu)
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa (ana letak choc filling)
  • pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dlm  mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang (ana pukul 5minit)
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak (guna steamer trio 7 minit dah gebu tau...)


Jom Try.....



1 comment:

  1. Salam nak tanya kalau guna trio steamer tu cuma guna 1 tingkat saja ke? tak boleh 2 tkt?

    ReplyDelete