Followers

17 April 2012

Kek Marble Strawberry Coklat




Malam semalam tiba mood rajin aku datang...dari dlm komuter lagi dah terbayang nak makan kek Marble yg selalu aku buat dulu...masa nie tak pandai sangat nak buat kek2 yg lain...
Masa balik semalam hujan lebat sesangat...adoi...aku nie kalau hujan sure mata mcm ada gam...nak tidur jer..tapi bila dah lepas maghrib tu hujan macam dah reda..so melajukan kaki ke dapur kuarkan butter and timbang barang2 semua...
Time nie jugakler digital scale aku tu buat perangai...mula2 tak bole nak on...dah on tak bole pulak nak berhenti nombor tu....adoiiii kalau ikut hati aku yg kurang kesabaran nie..nak jer aku campak dlm tong sampah...tapi memandangkan scale tu dah byk berjasa time2 aku mengekek...harus aku simpan gak dlm muzium umah aku tu....he..he..he..
google punya google..terjumpa resepi mat gebu nie...sementalah ramaai yg memuji kesedapan dan kegebuan kek marble resepi cik mat nie...nama asal kek nie Kek Marble Trio...aku jer yg derhaka tukar nama Kek Marble Strawberry Coklat








Kek Marble Strawberry Coklat

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence (aku ganti vanilla esen jer)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek

1 comment:

  1. Aslmkm Ana..sedap ek..kita x pernah try yg trio ni..

    ReplyDelete