Followers

03 May 2012

Kek Kukus Coklat Lapis Cheese





















Actually dah 2nd time buat kek nie...memang sedap sesangat...masa first time buat tak cukup youuuuu...
so kena repeat buat lg....sempena cuti hari buruh tahun nie...kitaorg sefamily gi cuti2 Malaysia ke PD lg...
musim panas2 nie..memang syok dpt berenang kan..ehheheh budak2 pun dah lama tak gi swimming pool...
Mcm2 bekalan yg kitaorg bawak..mak aku ler tukang masak nyer..aku amik bahagian desert jer..hahahah
so aku bake kek kukus coklat lapis cheese dan aku buat ler sket muffin apple crumble...licin koooo'


KEK KUKUS COKLAT LAPIS CHEESE
Sumber : Izzah Daut


BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum


Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.


BAHAN B (Kek Coklat)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
Masukkan air panas,susu dan minyak
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.


CARA MEMASAK.
Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
Sejukkan dan boleh di hidangkan....


SELAMAT MENCUBA....





1 comment:

  1. Adehhhhh.... terujanya saya nampak kek ni. Meleleh air liur saya ni kak huhuh

    ReplyDelete