Followers

22 May 2012

Tertunailah Hajat nak makan BLUEBERRY CHEESE TART.....





Ya Allah tiba2 teringin benar nak makan cistat nie...( ha sila jgn fikir yg lain.)...dan bermacam-macam halangan nak dpt benda nie....nak menggetel satu2 malasnyer ya amattt.....nak mengoder...ader jer...tokey kedai tutup order sementaralah sbb anak nak kawin...order dah penuh ler...

So ahad lepas aku kuatkan semangat bangun pepagi..kuarkan bahan2 nak buat cistat dr petiais..nasib stok bahan2 sentiasa ada....
So bila butter dah dlm suhu bilik..apa lagi..cecepat ler aku menggentel crustnya dulu...
aku buat separuh adunan dpt ler 55 biji.....berebut makan ngan Irfan and Balqis...tak ketinggalan adik beradik ku yg lain....



Sudahnya lepas asar aku buka petiais....waaaaa tinggai 8 bijik jer....tak puas makan....harus kena ulang buat lagi sekali..



Resepi hasil skodeng blog Mek Anna Qawina....tokey cistat and pelbagai Kek...
Punya lerlah perihatin si Mek Na nie...sampai dia jemput aku bertandang ke rumah nyer..nak menjamu cistat hasil airtangan nyer sendiri...aku jer tak sempat nak ke rumahnya...driver takder lor....Thanks a lot my frenz...ada rezeki kita g umah awk yer...


BLUEBERRY CHEESE TART
Sumber : Anna Qawina

Bahan untuk Pastri:(+/-80pcs crust saiz 4cm)
  • 125g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum guna
  • 63g gula icing/ gula biasa di blend
  • 250g tepung gandum
  • 1 kuning telur (saiz B)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar air
 Cara-cara:
  1. Tepung dan gula campur sekali dan ayak.
  2. Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.
  3. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.
  4. Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.
  5. Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar.
  6. Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj. 
  7. Kalau nak buat banyak2 boleh gandakan adunan, bila tak sempat habiskan boleh simpan dalam plastik & ikat kemas, masukkan dalam peti ais.
  8. Kuantiti crust terpulang kepada besar/kecil acuan tart & juga tebal/nipis doh dicanai.


Bahan untuk Filling:
  • 250g cream cheese - bagi lembut sikit sebelum pukul
  • 20g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum pukul
  • 60g gula halus/gula castor
  • 1 biji telur (saiz B)
  • Blueberry filling, strawberry filling atau apa2 filling yg digemari secukupnya 
Cara-cara :
  1. Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.*Ana pukul bagi halus & gebu. Kejap je..
  3. Pipekan filling dalam pasteri(crust) yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min. *Ana bakar agak2 je, 5 minit lbh kurang, cuba sentuh dgn jari permukaan cheese tu, kalau x melekat kat jari kira dah masak.
  4. Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling

No comments:

Post a Comment