Muffin yg sangat2 mudah penyediaanya...dan teramatlah sodapppppppppp.....dua kali buat muffin nie dek sebabkan tak puas makan...nasib epal hijau masih ada dlm petiais tu...
Normally aku kurengg sket ngan apa2 kek, muffin or pastry yg ada cinnamon...aku tak suka bau dia tu...tapi bila makan muffin apple crumble nie..waduh...terus tergoda uollsss
terbau2 keharuman cinnamon tu masa muffin nie masih panas2 lg..
Kalau tak caya meh try...muffin nie tak terlalu manis..sedang2 elok jer raser dia...
tu yg buat aku laju jer makan muffin nie...
MUFFIN APPLE CRUMBLE
Sumber : Kak Yati Sinar Kehidupanku
BAHAN-BAHANNYA :-
- 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
- 1 camca teh baking powder
- 1/3 cawan gula halus
- 75 g mentega cair
- 1 biji telur
- 1 camca teh esen vanilla
- 3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)
- 2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar
Bahan Untuk Crumble :-
- 1/3 cawan gula perang, dipadatkan ( Dark Brown Sugar)
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu besar mentega
CARA MEMBUATNYA :-
- Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
- Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan. Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.
- Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
- Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!!
CATATAN Kak Yatie:- Mentega cair tu nak ganti dengan minyak jagung pun boleh, tapi rasa dia memang berbeza. Bilangan muffin yang anda dapat juga berbeza mengikut saiz muffin cup memasing, kalau guna saiz king kong, maka dapat tak banyak, kalau guna saiz comey lotee, sah2 lah muai jadinya yeoopppp!!!!....
No comments:
Post a Comment