Followers

28 May 2012

Blueberry Marble Cheese Brownies



Project hari sabtu lepas....blueberry filling masih byk dlm esbok tu...nak buat cistat malas ler pulak..dek kerana dah ada tukang buat kat office sana...so order lg cepat dpt makan kannnn...

Jalan punya jalan ...singgah sebentar kat rumah Anna Qawina....ternampaak ler pulak kek nie...wah mcm sedap jer kan..so why not try jelah since bahan2 semua dah ada....
so apa lg...1, 2, 3, mulaaaaaa





       Kek nie lebih kurang mcm marble cheese kek cuma beza nyer kita letak blueberry instead of kita marblekan dia guna adunan coklat yg kat bawah tu kannnn...raser memang marbelessss ...bila cheese di gandingkan dengan masam manis blueberry ...bau pun harummmm semerbak...memang menyelerakan...
cuma next time kalau buat aku nak kurangkan ske serbuk koko...raser pahit sket kek coklat kat bawah tu ....


Blueberry  Marble Cheese Brownies
Sumber : Anna Qawina


Bahan-bahan Brownies :
  • 250g butter
  • 1 cwn serbuk koko *Kalau guna koko jenis pahit sila letak 3/4 cwn shj
  • 3 biji telur gred B
  • 3/4 cwn gula castor
  • 1/2 cwn + 2sdb susu cair
  • 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
  • 1 tsp baking powder (BP)*
  • 1 tsp soda bikarbonate (SB)*
  • 1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
  • Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  • Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
  • Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  • Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
  • Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. 
  • Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. (Ana tak buat yang ni)
  • Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
* Bergantung pd oven masing2
Bahan-bahan lapisan cheese:
  • 250g cream cheese
  • 1/2 cwn gula castor *resepi asal 1 cwn
  • 1 biji telur gred B
  • sedikit esen vanila
Blueberry Filling - optional
Cara-cara:
  • Pukul cream cheese hingga gebu.
  • Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  • *Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. 
  • **Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa.  
  • **Ana tak buat lorekan atas adunan cheese tadi, tetapi Ana tompokkan filing di beberapa tempat & lorekkan dengan lidi ikut suka.
  • Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment