Followers

28 February 2012

Shepherd' Pie

Shepherd's Pie




Aku buat pie nie sempena makan-makan besday nana semalam....tapi still tak puas hati ler..kentang dia tak hempuk and rasernya tawar sket...di sebabkan sibuk nak siapkan order kek..aku pass resepi kat Syud suh buat shepherd pie nie....hu..hu.hu...nasib ler adik beradik ku...jarang nak mengomplen...sbb tu jugak lah kut aku suka try2 resepi baru...sbb bila buat jer..jadik ker tak ker...harus licinnnnn....ahahahhaah


Sherpherd's Pie
Sumber : Kak Ummi Kuantan (Home Sweet Home)



500 gm daging kisar
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 cawan kacang peas
8 biji cendawan tin [belah 4]
5 biji buah tomato masak - ummi letak 3 biji je
1 batang carrot [potong dadu]
1 pokok daun sup [cincang]
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b lada hitam tumbuk ]
1 kiub stok daging
2 s/b minyak garam

Bahan Kentang:-
1 kg kentang [potong dadu]
1/2 cawan susu segar
2 s/b mentega garam,
serbuk lada sulah
air untuk merebus kentang secukupnya


Cara-Cara:-
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak.
3. Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung
4. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan akcau sehingga masak.
5. Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalam mangkuk kecil. (*ana ikut kak Ummi letak dalam foilcup kecil2 - senang anak2 nk makan)
6. Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering.
7. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
8. Masukkan sedikit kentang dalam mangkuk aluminium kecil.
9. Masukkan inti dan tutupkan dengan kentang lecek lagi.
10. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit

No comments:

Post a Comment