Last Minute Order....Kek Karamel Pelangi.........
Rezeki lagi......selasa hari tu aku buatkan sebiji kek karamel untuk my cousin makan2 kat office dia bersempena belated birthdaynya.
Alhamdullillah dapat komen2 yg buat aku nie kembang kuncup lepas baca sms dia ptg tu jugak......heheheheheh
Lepas siapkan kek2 besday weekend lepas aku dah berazam nak tutup kedai minggu nie sampai aku balik bercuti dari swak nanti......tokey kedai letih giler woooo nak berehat sebentar..heheheheh
Ptg tu masa dlm train dpt SMS from my cousin....'Na kalau orang nak order khamis n jumaat nie ko nak tak??? aduiiiiii berpinar kepala otak nak fikir...nak ker tak nie...takkan nak tolak rezeki since bizz baru nak berkembang....last2 aku reply..bolelah..since bahan2 memang dah ada stok kat umah..maka terhasil lah ker seperti dia atassssss....
Kek nie hasil mengintip dapur kak Ita Masam Manis tu...seorg suri rumah yg active berblogging ....dan mensharekan resepi yg sedap2 belaka...kalau korang tak percaya cuba masuk blog dia...subhanallah...decoration dia semuanya sedap mata memandang..memang kak ita nie Allah kurniakan tangan ajaib untuk dia...setiap sentuhan nyer memikat hatilah...aku sehari tak jengah mcm tak lengkap hidup aku nie .....aku sharekan resepi kat bawah yer...kalau korang nak resepi step by step skodeng ler blog kat ita yer...aku belum dpt aura nak buat mcm akak kita nie...amik gambar step by step...
Kek Karamel Pelangi
Sumber : Pn Munira Baharom
A)-Gula Hangus
- 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
- *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
- Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
(B) - Bahagian Atas
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanila
- 3 bj kuning telur
- 2 biji telur (putih & kuning)
(C) - Lapisan Kek
- 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
- 70 gm gula kastor
- 3 bj kuning telur
- 135 ml air biasa
- 1 sudu teh baking powder
- 45 ml minyak msk
- 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
D) Merinque
- 6 bj putih telur
- 70 gm gula kastor
- 1 sudu teh krim of tartar
Cara-cara :
- Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
- Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
- Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
- Pukul bahan (C) ketepikan.
- Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
- Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
- Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
- masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
- Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
- Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
- Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
- Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
- Sedap dimakan sejuk
No comments:
Post a Comment