Followers

28 February 2012

Happy 2nd Birthday.....Raihana Batrisya...

HAPPY 2ND BIRTHDAY .....RAIHANA BATRISYA......





Ahad lepas birthday nana yg ke 2 tahun.....nana nie share besday ngan cousin aku...Kak In...so aku memang dah plan awal2 nak buat kek Choc Cheese Indulgence ....nak practise balik lepas g kelas ngan maklang azie..........


Ya ampunnnnn masa tgk kak azie buat...mcm senang banget....time aku nak buat sendiri terkial....satu tang nak potong kek tu jd 4 layer.....kedua  masa nak salut semua kek tu dng fresh cream...and yg paling hazab...nak tuang choc ganache tu...dng peralatan yg tak cukup..huru-hara gak ler aku nak menuang choc tu kasi nak cover seluruh kek...


CHOC CHEESE INDULGENCE CAKE
 Sumber : Maklang Azie (Maklang's Kichen Diary)


Kek Sponge Coklat
250 Sponge Mix coklat (lg sedap guna vanilla + choc emulco)
5 biji telur
50g air
50g minyak masak/butter cair
1st ovalette
Vanilla essence

Cara2
Masukkan semua bahan dalam bekas kecuali minyak
Pukul hingga gebu (tukar warna putih)
Masukkan minyak kaup balik sahaja
Bakar hingga masak dengan suhu 175C ikut oven masing2


BAHAN CHEESE FILLING
125 g cream cheese
30g gula castor
250g whipping cream/fresh cream – pukul gebu ketepikan
165 susu cair}
60g instant custard
-  } Campur dan gaul sebati (jgn bancuh awal, nanti berbintil)

Cara2
Pukul  w/cream or f/c (brand vivo sedap) sampai gebu ketepikan
Pukul pula cream cheese + gula sampai gebu
Bancuh instant custard + susu cair
Masukkan bancuhan tadi ke dalm adunan cheese + w/cream
Ambil sebahagian adunan dan campurkan dng choc paste
Dan sebahagian lg biarkan plain

CHOC PASTE – DOUBLE BOIL
100g cooking choc
1sb serbuk koko – masukkan bila choc dah cair

CHOC TOPPING OR GANACHE
300g cooking choc}
105g susu cair} double boil
11/2 choc emulco – masukkan lepas  cho cair.



CARA PENYUSUNAN KEK & FILLING (Belah kek supaya jd 4)
1.    Base kek
2.    Letak filling  perisa choc
3.    Letak  kek
4.    Letak filling perisa vanilla
5.    Letak kek
6.    Letak filling perisa choc
7.    Letak kek and sapu keliling ngan fresh cream
8.    Tuang cooking choc menutupi keseluruhan kek
9.    parutkan Choc n tabor snow sugar


SELAMAT MENCUBA..........




No comments:

Post a Comment