Entry hari nie ana nak citer sementara kek masih dlm oven. My sis in law request nak kek angry bird yg mcm ana buatkan masa birthday Irfan tahun lepas utk anak buahnya.
Minggu nie alhamdullillah byk lak tempahan....Allah nak bg rezeki lebih sebelum pergi bercuti ngan family next week. Serba salah pulak kalau tak dpt buatkan since org dah minta tolong kan???....ok lah di sini ana nak share resepi kek coklat moist yg famous dan
ramai blogger2 masakan dah try resepi nie dan rata2 semua memuji kesedapannya wapun tanpa topping....
KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
Sumber: Kak Ummi (Home Sweet Home)
Bahan-bahan (loyang 8"/9" bulat) - ana guna loyang 9"x9"
- 100 gram serbuk koko *
- 250 gram gula kastor* (ana ikut kak ummi letak 230 gm jgk)
- 1 tin susu isian cair*
- 200 gram minyak masak sayuran* (ana guna minyak jagung daisy)
- 250g susu pekat*(ana ikut kak ummi letak 230 gm jgk)
- 4 biji telur - dipukul sehingga berbuih (ana whisk je)
- 150 gram tepung gandum (ana guna tepung naik sendiri jer tak yah letak SB & BP)
- 1 sudu teh soda bicarbonate
- 1 sudu teh baking powder
- Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
- Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer. (ana guna whisker jek).
- Gaulkan bahan-bahan kering dan ampurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.(*ana ikut kak ummi bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 minit or ikut oven masing2 yea..)
- Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing
Resepi Simple Buttercream
- 2 cawan krimwell
- 1/2 cawan buttercup
- 1 cawan susu pekat
- 1/2 cawan ising sugar
Cara-Caranya:-
lepas tu bole ler coler2 kan ikut citarasa memasing....
SELAMAT MENCUBA..........
No comments:
Post a Comment