Dapat message dr Ila dah almost 3 weeks....dia kepingin makan red velvat......alamak...mcm mana nie..still tak confidence nak amik order si 'Baldu Merah' nie since selalu jer jd menara condong......hu..hu..hu...tp lepas attend kelas kak azie dulu raser confidence nak try balik tu dah ada....btw..insyaallah birthday 'Nana & Kak In nanti ana nak try buat Choc Indulgence Cake lah...kalau berjaya...nanti ana buat entry pasal tu yek...
Malam tadi lepas bakar Kek Karamel Pelangi cik Itayanin....terus ke dapur ..buat filling cream cheese pulak...dah siap mlm tu gak tag ila...bg lepas kempunan...ala2 terharunya cik ila punyalah suka..smpai terus di postnya entry kat blog dia....Ila ana hope ila suka yer...minta halal yg terlebih terkurang tu yer..saya budak baru belajar...
Oklah dah panjang sgt celoteh.....ana share kan resepi buat sapa2 yg nak try buat...
resepi hasil cedok dr blogwalking mcm biasa lah...
Red Velvat Cake
sumber : Teratak Impian ( Kak Zai)
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam (ana guna Anchor)
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright (ana guna 1 1/2 sudu makan je)
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak (ana pun tak letak sbb guna salted butter)1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok)
1 sudu makan cuka makan ( ana guna apple cider)
CARA-CARA:1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- ana letak 2 cawan
ana tambah sedikit 1/2 gula icing ikut kak zai.
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
SELAMAT MENCUBA.....agak2 takut nak try......you are most WELCOME to order...ehehehehh :)
No comments:
Post a Comment