Followers

28 May 2012

Order Sepanjang Minggu 28052012-01062012

h







RVC with Cream Cheese and Blueberry Filling & Angry Birds Decoration.....


Caramel Rainbow Cake
Blueberry Marble Cheese Brownies



Project hari sabtu lepas....blueberry filling masih byk dlm esbok tu...nak buat cistat malas ler pulak..dek kerana dah ada tukang buat kat office sana...so order lg cepat dpt makan kannnn...

Jalan punya jalan ...singgah sebentar kat rumah Anna Qawina....ternampaak ler pulak kek nie...wah mcm sedap jer kan..so why not try jelah since bahan2 semua dah ada....
so apa lg...1, 2, 3, mulaaaaaa





       Kek nie lebih kurang mcm marble cheese kek cuma beza nyer kita letak blueberry instead of kita marblekan dia guna adunan coklat yg kat bawah tu kannnn...raser memang marbelessss ...bila cheese di gandingkan dengan masam manis blueberry ...bau pun harummmm semerbak...memang menyelerakan...
cuma next time kalau buat aku nak kurangkan ske serbuk koko...raser pahit sket kek coklat kat bawah tu ....


Blueberry  Marble Cheese Brownies
Sumber : Anna Qawina


Bahan-bahan Brownies :
  • 250g butter
  • 1 cwn serbuk koko *Kalau guna koko jenis pahit sila letak 3/4 cwn shj
  • 3 biji telur gred B
  • 3/4 cwn gula castor
  • 1/2 cwn + 2sdb susu cair
  • 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
  • 1 tsp baking powder (BP)*
  • 1 tsp soda bikarbonate (SB)*
  • 1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
  • Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  • Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
  • Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  • Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
  • Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. 
  • Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. (Ana tak buat yang ni)
  • Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
* Bergantung pd oven masing2
Bahan-bahan lapisan cheese:
  • 250g cream cheese
  • 1/2 cwn gula castor *resepi asal 1 cwn
  • 1 biji telur gred B
  • sedikit esen vanila
Blueberry Filling - optional
Cara-cara:
  • Pukul cream cheese hingga gebu.
  • Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  • *Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. 
  • **Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa.  
  • **Ana tak buat lorekan atas adunan cheese tadi, tetapi Ana tompokkan filing di beberapa tempat & lorekkan dengan lidi ikut suka.
  • Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


SELAMAT MENCUBA

22 May 2012

Order Sepanjang Minggu 21052012 - 25052012



70pcs RVCC


Choc Moist Cake


12pcs Vanilla Cuppies with MU edible image


50pcs Vanilla Cuppies with Rainbow design




50 pcs RVCC with CreamCheese Frosting



24pcs Vanilla Cupcakes with  Cartoon Edible Image






24 pcs Apple Crumble with Fresh Cream Frosting



12pcs Vanilla Cupcakes with Buttercream Deco
Tertunailah Hajat nak makan BLUEBERRY CHEESE TART.....





Ya Allah tiba2 teringin benar nak makan cistat nie...( ha sila jgn fikir yg lain.)...dan bermacam-macam halangan nak dpt benda nie....nak menggetel satu2 malasnyer ya amattt.....nak mengoder...ader jer...tokey kedai tutup order sementaralah sbb anak nak kawin...order dah penuh ler...

So ahad lepas aku kuatkan semangat bangun pepagi..kuarkan bahan2 nak buat cistat dr petiais..nasib stok bahan2 sentiasa ada....
So bila butter dah dlm suhu bilik..apa lagi..cecepat ler aku menggentel crustnya dulu...
aku buat separuh adunan dpt ler 55 biji.....berebut makan ngan Irfan and Balqis...tak ketinggalan adik beradik ku yg lain....



Sudahnya lepas asar aku buka petiais....waaaaa tinggai 8 bijik jer....tak puas makan....harus kena ulang buat lagi sekali..



Resepi hasil skodeng blog Mek Anna Qawina....tokey cistat and pelbagai Kek...
Punya lerlah perihatin si Mek Na nie...sampai dia jemput aku bertandang ke rumah nyer..nak menjamu cistat hasil airtangan nyer sendiri...aku jer tak sempat nak ke rumahnya...driver takder lor....Thanks a lot my frenz...ada rezeki kita g umah awk yer...


BLUEBERRY CHEESE TART
Sumber : Anna Qawina

Bahan untuk Pastri:(+/-80pcs crust saiz 4cm)
  • 125g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum guna
  • 63g gula icing/ gula biasa di blend
  • 250g tepung gandum
  • 1 kuning telur (saiz B)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar air
 Cara-cara:
  1. Tepung dan gula campur sekali dan ayak.
  2. Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.
  3. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.
  4. Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.
  5. Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar.
  6. Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj. 
  7. Kalau nak buat banyak2 boleh gandakan adunan, bila tak sempat habiskan boleh simpan dalam plastik & ikat kemas, masukkan dalam peti ais.
  8. Kuantiti crust terpulang kepada besar/kecil acuan tart & juga tebal/nipis doh dicanai.


Bahan untuk Filling:
  • 250g cream cheese - bagi lembut sikit sebelum pukul
  • 20g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum pukul
  • 60g gula halus/gula castor
  • 1 biji telur (saiz B)
  • Blueberry filling, strawberry filling atau apa2 filling yg digemari secukupnya 
Cara-cara :
  1. Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.*Ana pukul bagi halus & gebu. Kejap je..
  3. Pipekan filling dalam pasteri(crust) yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min. *Ana bakar agak2 je, 5 minit lbh kurang, cuba sentuh dgn jari permukaan cheese tu, kalau x melekat kat jari kira dah masak.
  4. Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling

18 May 2012

Order sepanjang minggu 13052012 - 19052012


Choc Moist Cake







Choc Cheese Indulgen Cake


















              Choc Moist Cake






Caramel Rainbow Cake



60 pcs RVCC




Apple Crumble Muffin with Fresh Cream Frosting





36pcs Vanilla Cupcakes with Elmo and Frenz decoration





Caramel Rainbow Cake



< >3kg Choc Moist Cake with Sponge Bob Deco




15 May 2012

Vanilla Butterscotch Choc Cheese Cake





Ahad lepas (13/05/2012) aku pegi lagi umah kak Azie....belajar kek nie pulak...masuk dah kali ke 4 aku bertandang ker rumah kak Azie nie...bukan apa...aku suka belajar ngan dia sbb mudah dan cepat....

Rasa kek nie...melotopsss u ollsssss....kek span vanilla yg dilapisi dengan butterscotch dan choc drizzles ....pulak tu di tambah dengan cheese cream filling...waduhhhhh bertambah besar ler lengan aku nie....anak2 aku pun suka sgt kek nie...licinnnnn




Kek Sponge Vanilla
250g sponge mix vanilla
5 bj telur
50g air
50g minyak/butter cair
1st ovellette
vanilla esen

Cara:
Masukkan semua bahan dlm bekas kecuali minyak
Pukul gebu
Masukkan minyak, kaup balik sahaja
bakar hingga masak dengan suhu 175c ikut oven masing2 selama 35 minit. (masak api bawah dulu 10 min terakhir masak api atas bawah)

Butterscotch:
30g butter
50g brown sugar
30g susu cair
40g gula castor

Cara:
Masukkan semua bahan dalam bekas dan masak kejap dengan api kecil hingga pekat, masukkan dlm piping beg. Buat masa bakar kek supaya pekat sikit. Double boiled sekiranya butterscoth tu keras.

Choc Paste: Cairkan
80g cooking choc
30g susu cair
Cara:
Masukkan dalam piping beg (utk hiasan atas kek)

Cheese filling:
125g krimcis
225g w/cream-pukul gebu, ketepikan

Cara: Pukul krimcis hingga lembut dan campurkan dengan w/cream yg dipukul td.


Topping:
Pukul Fresh cream dan salut keseluruhan kek.

Cara letak filling atas kek
1. Kek base
2. Drizzlekan butterscotch dan coklat paste, tak perlu rata
3. letak cheese filling
4. letak kek
5. ulang proses tadi
6. sapu fresh cream
7. hiasan: drizzle butterscotch dan choc





11 May 2012

Order Sepanjang Minggu 07052012 - 11052012


Choc Cheese Indulgence Cake


Choc Moist Cake



700pcs Apam Polkadot


2 biji Caramel Rainbow Cake






12pcs RVCC






07 May 2012


APAM MEKAR @APAM ICE CREAM SODA




Apam yang lembut gebus nie jugak di buat sempena breakfast untuk makcik2 yg datang untuk bermarhaban masa Majlis Akikah Riyadh hari tu...sgt2 puas hati dengan keaadaan mekar setamannyer...selalu aku buat dia senyum2 kambing jer...kali nie resepi dari jiran adik ipar aku...simple jer pun..cuma teknik kena betul..baru berjaya kembang mekar apam nie...






















APAM MEKAR

Bahan2
2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Gula Castor
1 Cawan Ice cream Soda ( yg sejuk baru kuar petiais)
1 tbsp Ovellete
1 tbsp Esen Vanilla
3 biji telur Gred A


Cara2
pukul telur + ovellete + gula sampai kembang dan pekat
agak2 5 minit gitu..masukkan tepung dulu yer sampai habis..masa nie guna speed rendah...adunan makin kental biar jer...pastu tepung dah habis baru masukkan air ice cream soda tu..pukul lg sampai pekat kira2 8 minit...pastu adunan dah jadi likat bole ler bahagikan kepada 3 bahagian....letak ler kaler2 yg korang suka...masukkan dlm piping bag supaya senang nak isi dalam papercup nanti...kukus 15minit....dah ready tuk makannnnn

SELAMAT MENCUBA....