Followers

14 March 2012

SUPER FUDGY BROWNIES




Entry tetangguh lagi...actually aku buat brownies nie...hari Sabtu lepas sempena makan2 sefamily...menyambut kepulangan MIL balik dari Tanah Suci Mekah....brownies nie dah byk kali gak aku buat...memang sodappppppppppp....terasa kecoklatan yg teramat2....bg tekak aku ler yer...korang yg tak suka coklat aku no komen.....

Resepi yg sonang and yg paling sempoi nak buat....yg penting takyah guna mixer pun...godak2 guna whisk jer dah bole siap....meh kita layan resepi....

Super Fudgy Brownies
Sumber : Kar Nor Secubit Garam


Bahan-bahan :
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar)
130 gm all purpose flour - (1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam (ana tak letak)
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor) ana pun ikut kak nor gula perang
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips

Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips


Cara-cara :

1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.

2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.

3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.

4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.

5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.

6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. ana guna loyang 10x10x2 inci.

7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak dengan suhu 170C. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong. Hias ikut suka... Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment