Followers

24 August 2012

Kek Lapis Asam Manis (Hawflakes)

Kek Lapis Asam Manis (Hawflakes).....fuhh....berpeluh nak buat kek nie....





Tahun nie buat 2 jenis kek lapis tuk salah satu hidangan hari Raya.....satu yg ini...satu lg Kek Lapis Cadbury....badan letih sangat...khamis lepas kena siapkan 14 biji kek pelbagai jenis antaranya signature cake aku..hehehe Kek Karamel Pelangi, Kek Kukus Coklat Lapis Cheese, Zebra Lines Cake, Choc Moist Cake tapi disebabkan barang2 dah beli..harus ler kena buat gak kann...kalau tak aku sibuk buatkan org kek...nanti umah mak aku takde kek lak...

Kek nie sangat2 moist walaupun di bakar...memang amik masa sket ler nak membakar selapis demi selapis...satu lapis amik masa kira2 10minit gak ler..and kek nie aku buat dlm 9 lapis semuanya..so korang bayangkan ler ..aku kena bangun duduk..bangun duduk mengintai oven tu...aduih...terus kena sakit lutut lepas tu...

Memang berbaloi..wpun badan letih sgt..sedap sangatttttt kek nie kat tekak aku..manis nyer balance jer...kalau sapa2 yg tak suka manis tu kurang kan hawflakes tu...aku letak byk sbb aku suka kemasam manis nya tu...hehehe



Kek Lapis Asam Manis
resepi : DayangJack@DapurKuSayang
bahan-bahan : loyang  8" x 8" atau 9" x 9"

  • 10 biji telur A
  • 200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
  • 100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
  • 450 g mentega berkualiti 
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 150 g gula kastor 
  • 300 g susu pekat manis
  • haw slice/ hawflake secukupnya
  • pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)
cara-cara :
  1. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang. 
  2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
  3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
  4. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati. 
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
  6. Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).
  7. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna)
Nota :
***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.
***sukatan gula mengikut citarasa
***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya
***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut marie sepenuhnya.
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya. 
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama. 
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega. 


3 comments:

  1. pandainya kak anak wat kek lapis... nampak jer dah tau dah rasa dia camne....sedap nampaknya...

    ReplyDelete
  2. Deqna: main try in error jer dik...alhamdullillah nasib menjadi....

    ReplyDelete
  3. apa lagi pasni dah leh bukak tuk tempahan yer...

    ReplyDelete