Followers

30 August 2012

Order Sepanjang Syawal














Caramel Rainbow Cake



Choc Cheese Indulgence Cake






Black Beauty Choc Moist Cake + Edible Image


Black Beauty Choc Moist Cake





Black Beauty Choc Moist Cake + Edible Image










3kg Butter Cake





RV Cake
RVC






























Choc Cheese Indulgence



Caramel Rainbow Cake




RVC






,
Vanilla CC



RVC


24 August 2012

Kek Lapis Cadbury

Yummy....sedap sangat...sangat2 berbaloi..nyesal tak letak banyak Cadbury....






KEK LAPIS COKLAT CADBURY
BAHAN-BAHAN ( KEK BERUKURAN 8 1/2 X 8 1/2" )

• 450 G MENTEGA
• 7 BIJI TELUR GRED A
• 100 GM GULA HALUS
• 180 GM TEPUNG GANDUM
• ½ TIN SUSU PEKAT MANIS (190ML)
• 1 SUDU TEH VANILLA
• 200 GM HORLICKS
• 2 KOTAK COKLAT CADBURY
• SEDIKIT PEWARNA KUNING

CARA-CARA

1. PUKUL MENTEGA DENGAN GULA HINGGA BERKRIM.

2. MASUKKAN TELUR SATU PERSATU DAN PUKUL LAGI HINGGA RATA.

3. MASUKKAN SUSU, TEPUNG, VANILLA, HORLICKS DAN PEWARNA KUNING, GAUL HINGGA BETU-BETUL RATA SUPAYA TEPUNG/HORLICKS TIDAK BERKETUL-KETUL.

4. MASUKKAN 7 SUDU MAKAN ADUNAN TADI DAN BAKAR PADA SUHU 220C HINGGA KEKUNINGAN LEBIH KURANG 10 MINIT MENGGUNAKAN API ATAS DAN BAWAH. BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2 JUGAK YERR.

5. BILA SUDAH MASAK SUSUN COKLAT CADBURY DAN MASUKKAN 7 SUDU ADUNAN LAGI BAGI MENUTUPI COKLAT TADI. KALI NI TURUNKAN SUHU OVEN DAN BAKAR PADA SUHU 200C MENGGUNAKAN API ATAS SAHAJA HINGGA MASAK DAN KEKUNINGAN. JUGA LEBIH KURANG 10-12 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

6. BUAT BEGITU HINGGA ADUNAN HABIS. SUHU TETAP 200C API ATAS HINGGA SELESAI SEMUA ADUNAN.

7. ANDA BOLEH SUSUN COKLAT SELAPIS DEMI SELAPIS ATAU SELANG SELAPIS. IKOT MANA SUKA EK…


BAHAGIAN LUAR TU PUTRI SAPUKAN COKLAT GANACHE...SO IKOT SUKA U AOLLSSSS K KALAU IKOT CAN PUTRI GERENTI TAK NYESAL HEHEHE...^_*


SELAMAT MENCUBA!!!!

 


Kek Lapis Asam Manis (Hawflakes)

Kek Lapis Asam Manis (Hawflakes).....fuhh....berpeluh nak buat kek nie....





Tahun nie buat 2 jenis kek lapis tuk salah satu hidangan hari Raya.....satu yg ini...satu lg Kek Lapis Cadbury....badan letih sangat...khamis lepas kena siapkan 14 biji kek pelbagai jenis antaranya signature cake aku..hehehe Kek Karamel Pelangi, Kek Kukus Coklat Lapis Cheese, Zebra Lines Cake, Choc Moist Cake tapi disebabkan barang2 dah beli..harus ler kena buat gak kann...kalau tak aku sibuk buatkan org kek...nanti umah mak aku takde kek lak...

Kek nie sangat2 moist walaupun di bakar...memang amik masa sket ler nak membakar selapis demi selapis...satu lapis amik masa kira2 10minit gak ler..and kek nie aku buat dlm 9 lapis semuanya..so korang bayangkan ler ..aku kena bangun duduk..bangun duduk mengintai oven tu...aduih...terus kena sakit lutut lepas tu...

Memang berbaloi..wpun badan letih sgt..sedap sangatttttt kek nie kat tekak aku..manis nyer balance jer...kalau sapa2 yg tak suka manis tu kurang kan hawflakes tu...aku letak byk sbb aku suka kemasam manis nya tu...hehehe



Kek Lapis Asam Manis
resepi : DayangJack@DapurKuSayang
bahan-bahan : loyang  8" x 8" atau 9" x 9"

  • 10 biji telur A
  • 200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
  • 100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
  • 450 g mentega berkualiti 
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 150 g gula kastor 
  • 300 g susu pekat manis
  • haw slice/ hawflake secukupnya
  • pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)
cara-cara :
  1. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang. 
  2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
  3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
  4. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati. 
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
  6. Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).
  7. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna)
Nota :
***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.
***sukatan gula mengikut citarasa
***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya
***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut marie sepenuhnya.
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya. 
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama. 
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega. 


14 August 2012

Biskut Bebola Cornflakes Rangup


Sedapnya biskut nie....masa bakar biskut nie...rasernya dah tak sabar nak raser...sebab baca komen2 kat blog Kak Ummi Kuantan...rata2 yg dah cuba semua puji sedap...and akan buat lagi bila raya tahun depan...
aku buat satu adunan..dpt dalam 150pcs....dpt sket ler jugak...malam tu lepas berbuka apa lagi balang biskut nie harus ku terjah...memang ler betul kata org2 yg dah cuba....sedappppppppnya....
adik beradik ku pun suka gak...sekarang nie dah tinggal separuh balang jer..nak buat lg...masa adalah suntuk..
minggu nie adalah minggu membakar kek ...alhamdullillah..rezeki ramadhan..mencurah2 org nak order kek karamel aku.....almost 10 biji kek kena buat dlm minggu nie...ya Allah permudahkanlah segala urusan ku...Aminnnn....



BISKUT BEBOLA CORNFLAKES
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit) -ana guna dried blackcurrant
  • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
  • cawan kertas saiz kecil secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
  5. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
  6. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara

13 August 2012

Biskut Dahlia Azryn....




Aku namakan biskut nie...Biskut Dahlia ala Azryn...sebab ryn yang kongsi resepi kat aku...
selalunya aku order jer ngan mak dia...tapi last year mak dia tak berapa sihat..so tak ambil tempahan...nie antara biskut favourite aku...aku nie suka makan kuih2 tradisional..ehhehe yg kuih moden2 nie..kurengggg sket...
kalau ikut resepi mak ryn..main agak2..dlm erti kata main campak2...aduih...tak tak reti ler aku yg skema nie...alhamdullillah kak long ryn..dah terjemahkan dalam gram...hehehe
resepi nie memang sedap..rangup diluar dan cair di dlm mulot...kalau korang makan sila jangan bercakap2..confirm bersembur tau...


Biskut Dahlia AZREEN


Bahan-bahan:

215gm tepung kastad
215gm mentega/margerin - ikut suka ye.
185gm tepung gandum
125gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
ceri potong sebagai hiasan

Cara-cara:

1. pukul gula dan mentega.
2. masukkan kuning telur dan esen vanila.
3. masukkan tepung gandum dan tepung kastad yang di ayak bersama.
4. gaul rata
5. gunakan acuan biskut dahlia, picit dan picit dan picit.
6. hias atasnya dengan ceri merah
7. kita bako.
 


Choc Chips Cookies ala Famous Amous.....





Choc Chips Cookies...ala Famous Amous nie...aku dpt hasil perkongsian dari Kak Chah opismet aku...
dia pun rajin gak BW blog org...eheheh kitaorg nie kalau free time tu jelah kejanyer...
dia dah buat 2 adunan lagi ko...and anak2 dia suka sgt...siap suh dia buat sample nak jual katanyer...
mula2 aku buat satu adunan....yelah ko..dia guna byk butter...sayang lak nak guna butter yg ada kat umah tu sbb selasa nie aku ada order 3 biji Marble Butter Cake@ Zebra Cake....
tapi lepas dah siap bakar satu loyang....anak aku dua org tu duk ulang ...makan...si adik ada perangai pelik yg suka makan adunan mentah...yg si abang lak makan yg dah siap masak...bau dia tak yah ckp ler...sampai neighbour aku yg jemur kain pun siap menegur lagi..siap suh buat satu adunan tuk dia...tak dpt nak menolong lah yer cik puan....bg resepi bole sbb saya nak  buat lg satu adunan tuk kakak2 saya lak....
hasil kejadian biskut nie memang sgt berpuas hati...rangup sgt...and sedang2 elok manis dia..sbb guna gula perang jer kannn.....lepas bancuh adunan aku perap dlm petiais selama 2 jam...sajer sbb aku penah terbaca petua kat mana entah dah tak ingat...kalau nak rangupkan biskut..sejukkan dulu adunan dlm petiais sekurang2nya 2-3jam...

Ok jom semak resepi ...masa lepas membakar cookies nie aku dah menayang kat fb aku...so ramai yg terbekenan nak resepi...

Chocolate Chip Cookies


Bahan-bahan ( Anggaran 200 keping )
375 gm tepung gandum
95 gm tepung jagung
240 gm gula perang
360 gm mentega / marjerin
4 sb serbuk koko ( aku tak letak..kes terlupa...tapi tak jejaskan raser cuma kaler dia terang sket)
1 biji telur
6 sb chocolate chips
6 sb chocolate rice (aku tak letak pun)
6 sb badam cincang (disangai sedikit)
6 sb kelapa kering / nestum (aku guna nestum lg sedap woooo)
1 st esen vanila
1st emplex (nie aku tambah nak kasi rangup)


Cara-cara
1.Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
2.Masukkan telur, esen vanilla dan gaul sebati.
3.Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan dalam adunan mentega diikuti dengan choco chip, choco rice, badam dan nestum. Gaul sebati.
4.Bentukkan mengikut citarasa sendiri dan bakar 20 minit pada suhu 170C

Biskut Peanut Butter



Biskut nie memang kegemaran aku...aku suka yg bentuk klasik dia tu...ala yg bulat tu....kalau gi raya kat umah sedara mara..mesti cari biskut nie dulu...tapi skrg tak ramai dah yg buat biskut nie...banyak yg buat biskut mazola jer...

Resepi biskut nie aku dpt hasil menggoogle....and BW satu-satu blog yg ada pengalaman buat sekut peanut butter nie...and hati terpaut pd satu blog nie..sbb dia kata nie ler biskut peanut butter terbaik penah dia cuba....ala tp dah terhilang ler pulak link blog dia...
ana share resepi kat sini jer yer..pada peminat biskut peanut butter nie bole ler try pulak...memang confirm sedap...


 Biskut Peanut Butter

Bahan2
1 biji kuning telur
150gm  gula halus
100gm  peanut butter
150gm mentega
50gm lemak sayuran
225gm  tpg gandum
150gm  tpg jagong
50gm  kismis
1 s/k baking powder

Cara2
1.pukul mentega,spray n gula hingga kembang.
2.masuk kuning telur n kacau rata.
3 masukan esen vanila n peanut butter dan kacau hingga sebati.
4 ayak tpg dgn b powder.....n gaul tepung dgn bahan yg d pukul tadi
5 uli jadikan sebuku..n gentilkan besar guli...
6 guna acuan cermai....letak kismis d atasnya
7 masuk adunan dlm acuan n bakar 15 ke 20 minit
1 s/k esen vanila

04 August 2012

Order Sepanjang Ramadan







Carrot Walnut Cake


Black Beauty Choc Moist Cake



RVCC


Choc Cheese Indulgence Cake



                                                    Rainbow Cake


Red Velvat Cake




RVCC

Choc Moist Cupcakes