Followers

Showing posts with label PAVLOVA. Show all posts
Showing posts with label PAVLOVA. Show all posts

19 September 2012

Percubaan kali ke5 akhirnya berjaya.....oh Pavlova Dealovaku



Alhamdulillah...percubaan kali ke5 baru berjaya..kali nie aku tak kurangkan pun sukatan gula...memang manis melejas ler...tp still sedap kat tekak aku sbb dibalance kan with fresh cream and stowberry yg masam manis nie...
Semangat nak buat Pavlova nie datang sebab masa balik kampong cuti Malaysia Day baru2 nie ...cousin aku bagi sebekas besar buah stowberry dari Cameron Highland...hubby cousin aku nie keja kat sana...so berlambak2 ler buah stowberry dia bawak hari tu....

 

tengok hasil kejadian disk Meringue yg retak2 nie...sebelum nie aku buat takde pun jadi cenggini...liat jer meringue nie walaupun dah nak garing kat luar tu...


Resepi kali nie aku dapat hasil mengintai blog "Kitchen Guardian"...Pavlova yg dia buat tempting habis...tu yg buat aku nak try...try...and try sampai berjaya...



PAVLOVA
Ingredients4 large egg whites...please use the freshest eggs you can find! Discard when you notice any trace of yolk in your white! Just trust me here, ya!
220g caster sugar
2 tbsp corn flour
1 tsp vinegar
400ml whip cream, abt 30% fat content, hubs didn't like the one with custard
1 tsp vanilla
1 tbsp icing sugar
abt 400 g berries fruits...the more the merrier for my family!

Method
Preheat oven at 150C. Make sure your bowl is squecky clean without any trases of oil or grease.

At medium speed, slowly whisk egg whites till stiff peak, about 3 minutes. Slowly add sugar, tablespoon by tablespoon, I'd like to work hastily all the time, but nah, not for this....go slow...and whisk for about 30 seconds before you add the next tablespoon of sugar. After you add all the sugar, whisk at medium high for about 4 to 6 minutes till you get a glossy and silky  meringue texture. Scrape down the bowl and add corn flour and vinegar, whisk at medium high for 2 minutes.

Prepare a baking tray with parchment paper, I used an 8 inch cake tin to draw an outline for my template for the meringue nest. Bake for 1 1/2 hours at 120C, once done, leave the Pavlova in the oven to cool.

To top, I whip the whipping cream with icing sugar and vanilla to soft peak and scatter with fruits.

Nope, there were no cracks when the meringue nest was done and the cracks you notice in the picture were due to the pressure when I pushed down the fruits, haha!


04 September 2012

Pavlova....Percubaan kali kedua


pavlova ku yg menipis...org lain punya elok jer tebal


Weekend lepas beranikan diri lagi mencuba pavlova nie...hari tu buat hampeh...lepas 2 jam..dia melekit balik
lepas duk menggoogle segala...BW merata blogger yg penah membuat pav nie...and terjah kawan2 yg jual Pav nie kat fb...so aku bakar ler balik ....tp still hasil kejadiannyer tak memenuhi piawaian aku....hu..hu..hu..
sungguh tak puas hati...waaaaaa
tapi dlm tak jadi....tak jadi tu..licin gak
ada sesiapa penah buat dan menjadi dengan jayanya tak???
sila bantulah hamba yg tak berapa pandai nie...
nak beli mahal...raser mcm membazir ler pulak...and tak puas makan... umat kat umah aku adalah meramai
harus kena buat sendiri.....





gambar sebelum masuk oven


PAVLOVA
Sumber: Kak Irma London


 
Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.
 
2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.  

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci.  

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.






25 June 2012

PAVLOVA in my Heart



Orang lain dah lama try buat PAVLOVA nie since dari tahun lepas lg...aku sekadar mengintai dapur-dapur geng memasak and seperti biaser CnP resepi jer...heheheh belum ada keberanian nak buat..hari tu menerai buat Macaron...hancus ko....tu yg malas nak try benda2 cenggini....

Disebabkan belen2 fresh fruit lepas buat Fruit Tart tu byk lg...(kecuali cik Strawberry) aku pun terus terbuka hati nak try buat desert Mat Salleh nie...google punya google berenti di rumah si Triffin Biru...siapa lagi kalau bukan abg Mat Gebu kita....heheheh


Bagi aku...Pavlova nie manis yg amat ....wpun aku dah kurangkan gula..tapi bila makan dng Krim dan buah2an yg masam tu ..raser dia balance sgt....harus mengulang kut makan benda nie....
aku jer balun dekat 3 ketul Luvy2 yg tenit tu....nak buat senang jer..cuma ya ampun nak bakar tu lama menghazap...kalau aku tau...harus aku buat besar seketul gitu...heheheh cepat sket bole makan...




PAVLOVA
Sumber : Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
1 cawan gula kastor
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla (kalau nak pavlova puteh, omit esen vanilla)
Whipping cream secukupnya (mat pakai yang sedia guna dalam tin)
Strawberry, Raspberry, Blueberry dan Mangga segar

CARA MEMBUATNYA
Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 6 cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentukpavlova (ini pavlova jenis comel2).Ketepikan.
  1. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi, tapi jangan terlebih gaul(mat gaul guna spatula). Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bentuk bintang no.9 atau jenis bulat pun boleh. Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi, kemudian paipkan sekelilingnya seperti dalam gambar. Lakukan sekali lagi seperti. Buat sama untuk baki adunan.


Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera..secukupnya