Followers

Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts

24 August 2012

Kek Lapis Cadbury

Yummy....sedap sangat...sangat2 berbaloi..nyesal tak letak banyak Cadbury....






KEK LAPIS COKLAT CADBURY
BAHAN-BAHAN ( KEK BERUKURAN 8 1/2 X 8 1/2" )

• 450 G MENTEGA
• 7 BIJI TELUR GRED A
• 100 GM GULA HALUS
• 180 GM TEPUNG GANDUM
• ½ TIN SUSU PEKAT MANIS (190ML)
• 1 SUDU TEH VANILLA
• 200 GM HORLICKS
• 2 KOTAK COKLAT CADBURY
• SEDIKIT PEWARNA KUNING

CARA-CARA

1. PUKUL MENTEGA DENGAN GULA HINGGA BERKRIM.

2. MASUKKAN TELUR SATU PERSATU DAN PUKUL LAGI HINGGA RATA.

3. MASUKKAN SUSU, TEPUNG, VANILLA, HORLICKS DAN PEWARNA KUNING, GAUL HINGGA BETU-BETUL RATA SUPAYA TEPUNG/HORLICKS TIDAK BERKETUL-KETUL.

4. MASUKKAN 7 SUDU MAKAN ADUNAN TADI DAN BAKAR PADA SUHU 220C HINGGA KEKUNINGAN LEBIH KURANG 10 MINIT MENGGUNAKAN API ATAS DAN BAWAH. BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2 JUGAK YERR.

5. BILA SUDAH MASAK SUSUN COKLAT CADBURY DAN MASUKKAN 7 SUDU ADUNAN LAGI BAGI MENUTUPI COKLAT TADI. KALI NI TURUNKAN SUHU OVEN DAN BAKAR PADA SUHU 200C MENGGUNAKAN API ATAS SAHAJA HINGGA MASAK DAN KEKUNINGAN. JUGA LEBIH KURANG 10-12 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

6. BUAT BEGITU HINGGA ADUNAN HABIS. SUHU TETAP 200C API ATAS HINGGA SELESAI SEMUA ADUNAN.

7. ANDA BOLEH SUSUN COKLAT SELAPIS DEMI SELAPIS ATAU SELANG SELAPIS. IKOT MANA SUKA EK…


BAHAGIAN LUAR TU PUTRI SAPUKAN COKLAT GANACHE...SO IKOT SUKA U AOLLSSSS K KALAU IKOT CAN PUTRI GERENTI TAK NYESAL HEHEHE...^_*


SELAMAT MENCUBA!!!!

 


Kek Lapis Asam Manis (Hawflakes)

Kek Lapis Asam Manis (Hawflakes).....fuhh....berpeluh nak buat kek nie....





Tahun nie buat 2 jenis kek lapis tuk salah satu hidangan hari Raya.....satu yg ini...satu lg Kek Lapis Cadbury....badan letih sangat...khamis lepas kena siapkan 14 biji kek pelbagai jenis antaranya signature cake aku..hehehe Kek Karamel Pelangi, Kek Kukus Coklat Lapis Cheese, Zebra Lines Cake, Choc Moist Cake tapi disebabkan barang2 dah beli..harus ler kena buat gak kann...kalau tak aku sibuk buatkan org kek...nanti umah mak aku takde kek lak...

Kek nie sangat2 moist walaupun di bakar...memang amik masa sket ler nak membakar selapis demi selapis...satu lapis amik masa kira2 10minit gak ler..and kek nie aku buat dlm 9 lapis semuanya..so korang bayangkan ler ..aku kena bangun duduk..bangun duduk mengintai oven tu...aduih...terus kena sakit lutut lepas tu...

Memang berbaloi..wpun badan letih sgt..sedap sangatttttt kek nie kat tekak aku..manis nyer balance jer...kalau sapa2 yg tak suka manis tu kurang kan hawflakes tu...aku letak byk sbb aku suka kemasam manis nya tu...hehehe



Kek Lapis Asam Manis
resepi : DayangJack@DapurKuSayang
bahan-bahan : loyang  8" x 8" atau 9" x 9"

  • 10 biji telur A
  • 200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
  • 100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
  • 450 g mentega berkualiti 
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 150 g gula kastor 
  • 300 g susu pekat manis
  • haw slice/ hawflake secukupnya
  • pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)
cara-cara :
  1. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang. 
  2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
  3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
  4. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati. 
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
  6. Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).
  7. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna)
Nota :
***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.
***sukatan gula mengikut citarasa
***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya
***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut marie sepenuhnya.
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya. 
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama. 
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega.