Followers

Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

05 February 2013

Rich Choc Muffin


Muffin nie aku buat sempena minum petang last weekend....tiba2 tekak nie terasa nak makan kek cokelat...yg penuh raser cokelat nyer..ehhehehe...yum..yum
intai bahan2 kat dapur...alamak serbuk koko dh out of stok...lupa lak nak beli hari tu...
aku penah terbaca resepi kat internet yg guna cooking choc instead of coco powder...so dari komen2 org yg penah buat ...semua ckp sedappppp

so apa lagi terus mengoogle...laju2 pegi dapur timbang segala bahan....
dan ini ler hasilnyaaaaa ...tadaaaaaaaaaaaaaa

Pada tekak aku yg sikit memilih nie..muffin nie memang ler sedap sesangat..terasa benar raser coklatnya..tak yah letak ganache bagai...sedap sesgt.....tak caya meh try...
aku jer habiskan 3 biji hokey....



 RICH CHOC MUFFIN
Bahan-bahan ( 10 biji )

* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  3. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  4. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  5. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  6. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

07 May 2012

Muffin Choc Chips with Almond Nips


First time buat muffin nie agak berpuas hati gak ler..sbb semua menjadik dengan jayanya...
Muffin Choc Chip nie aku buat bersempena Majlis Akikah anak buah aku...Mohammad Riyadh Airish...weekend baru2 nie...muffin nie untuk sourvenier gift utk makcik2 yg bermarhaban nanti....





Resepi dah lama disimpan...tapi baru nie nak mencubanyer..kira percubaan yang berani gak ler..sbb first time guna resepi nie utk buat 100pcs muffin choc chip nie...kalau tak  jadi...mampussss





MUFFIN CHOC CHIP WITH ALMOND NIPS
Sumber : AnnaAlisya Kithen Story.....(aku ler tu)



Bahan2250g Tepung Gandum
2tsp Baking Powder
1/2tsp Soda Bikarbonat
2tbsp Serbuk Koko
1 Bjii Telur Gred A
170g Gula Castor
150g Choc Chips
200ml Susu cair
80ml Butter cair/minyak jagung
1tbsp Esen Vanilla
Almond nips utk taburan (agak2 jer)

Cara-cara

1.  Panas oven pd suhu 180C - 190C
2. Campurkan Tepung + BP + BS + Serbuk Koko selepas tu ayakkan
3. Dalam bekas lain campurkan Susu Cair + Telur + Gula Castor + Butter Cair + Esen Vanilla
4. Masukka bahan cecair yg dah bercampur tadi ke dalam adunan tepung yg sudah di ayak tadi dan gaulkan guna spatula jer...cukup sampai adunan sebati...jangan over mix..adunan sedikit berketul...masukkan choc chips...tinggal sedikit chops cips utk tabur atas adunan nanti...
5. Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh...taburkan Choc chips dan almond nips tadi.
6. Bakar 20 25 minit hingga muffin cukup masak ( bila cucuk ngan lidi...lidi kuar bersih jer)

SELAMAT MENCUBA....


03 May 2012

Muffin Apple Crumble.......Sedapnya rugi tak cuba.....



Muffin yg sangat2 mudah penyediaanya...dan teramatlah sodapppppppppp.....dua kali buat muffin nie dek sebabkan tak puas makan...nasib epal hijau masih ada dlm petiais tu...
Normally aku kurengg sket ngan apa2 kek, muffin or pastry yg ada cinnamon...aku tak suka bau dia tu...tapi bila makan muffin apple crumble nie..waduh...terus tergoda uollsss
terbau2 keharuman cinnamon tu masa muffin nie masih panas2 lg..
Kalau tak caya meh try...muffin nie tak terlalu manis..sedang2 elok jer raser dia...
tu yg buat aku laju jer makan muffin nie...





MUFFIN APPLE CRUMBLE

BAHAN-BAHANNYA :-
  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
  • 1 camca teh baking powder
  • 1/3 cawan gula halus
  • 75 g mentega cair
  • 1 biji telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)
  • 2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar
Bahan Untuk Crumble :-
  • 1/3 cawan gula perang, dipadatkan ( Dark Brown Sugar)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar mentega
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan. Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.
  3. Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  4. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!!
CATATAN Kak Yatie:- Mentega cair tu nak ganti dengan minyak jagung pun boleh, tapi rasa dia memang berbeza. Bilangan muffin yang anda dapat juga berbeza mengikut saiz muffin cup memasing, kalau guna saiz king kong, maka dapat tak banyak, kalau guna saiz comey lotee, sah2 lah muai jadinya yeoopppp!!!!....



23 April 2012

Banana Chocolate chips Muffin


























Kalau ada pisang2 terlebih tu..baik buat muffin nie..fully recommended sbb sedap bangat kat tekak aku nie...memang aku suka byk apa makanan berasas kan pisang...cekodok ker...lempeng ker...lepat ker...muffin mahupun apam pisang...yum..yummmy...
Resepi hasil cilok kat rumah kat PUTERI MANJA...start berkenalan ngan kat PUTERI since kat fb....akak ku yg tak penah lokek segala ilmu baking membaking nie...kalau kat fb siap ada resepi step by step lagi...
bila kat PUTERI up status ckp dia dah ada blog masakan...aku lah org yg pertama kut...jengok blog dia yg best tu..eheheh kalau tak caya meh jengok...



BANANA CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
Sumber : rasa2selera PUTERI MANJA



BAHAN2NYA
1 ½ CAWAN TEPUNG GANDUM(DIAYAK)
80 GRM GULA BIASA
1 ½ SUDU KECIL BAKING POWDER(DIAYAK)
¼ SUDU KECIL GARAM
1 CAWAN PISANG YG DAH LENYEK
1 BIJI TELUR GRED A
120 GRM BUTTER (DICAIRKAN)
¼ CAWAN SUSU SEGAR(PAKAI SUSU CAIR PUN BOLE GAK)
100 GRM CHOCOLATE CHIP ATAU NAK LEBIH PUN BOLE(ASINGKAN SUKU TUK DILETAK DIATAS ADUNAN)


CARA2NYA
1. “BAHAN A” SATUKAN TEPUNG, GULA, BAKING POWDER DAN GARAM DI DALAM MANGKUK. KACAU RATA(GUNA SUDU JERR).

2. “BAHAN B” SATUKAN PULA SUSU, BUTTER DAN TELUR KEDALAM MANGKUK LAIN. KACAU RATA MENGGUNAKAN WHISK SAJERR. SETELAH RATA MASUKKAN PISANG. KACAU LAGI HINGGA RATA.

3. MASUKKAN BAHAN B KEDALAM BAHAN A DAN KACAU RATA DENGAN MENGGUNAKAN WHISK ATAU SENDUK.

4 AKHIR SEKALI MASUKKAN COKLAT DAN GAUL HINGGA SEBATI. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM MANGKUK MUFFIN ½ ATAU ¾ PENUH. JGN PENUH SANGAT KANG TERKELUAR LAK HUHU…

5 BAKAR ADUNAN PADA SUHU 180C SELAMA 15 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. KALAU NAK GARING LAGI BAKAR LAMA SIKIT K…


SELAMAT MENCUBA!!!

14 April 2012


CHOCOLATE PANDAN CUPCAKES







Jumaat lepas balik jer dari ker...bergegas aku ke dapur menyinsing lengan ...buat cupcakes nie...sejak kat Azlita Masam Manis tayang kat blog nyer...kecur liur ku terasa2 keenakkan cupcakes  nie...bahan2 memang sedia ada dlm esbok cuma lupa nak call adik aku suh kuarkan dulu butter supaya jadi suhu bilik...



Nie ha aku punya cupcake tak cantik mcm kak ita punya..tapi raser maintain sedap ko...tak caya tanya adik beradik aku..sempat aku bekalkan sorang 4 ketul bwk balik umah..ngeh..ngeh ngeh...



Chocolate Pandan CupCakes

250 gram mentega~ di  cairkan  dan sejukkan
250 gram gula kastor
250 gram tepung gandum, diayak
8 biji telur
1 camca besar ovallate
4 camca besar susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco
1 camca teh pes pandan
Perawna kuning dan hijau

Panaskan oven pada suhu 170C
Susun cawan kertas dalam loyang muffin ~ ketepikan

Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit).
Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak, satu diletak pandan paste dan pewarna hijau ~ kacau rata.
Satu lagi diletak coklat emulco dan serbuk koko ~ kacau sebati.
Satu bahagian lagi letakkan paste vanila dan sedikit pewarna kuning ~ kacau rata
Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan, kuning  dan coklat.
Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak.
Keluarkan kek dan susun atas redai hingga kek sejuk


SELAMAT MENCUBA.............


19 March 2012

Eggless Pandan Muffin



Dah lama tingin nak makan muffin nie lepas berjalan2 ke blog izzah daut....tgk izah punya lg mengiurkan...
sumber asal dari dayangjack....smlm petang aku roger2 adik ipar suh datang umah buat muffin nie utk minum petang together2 ngan adik beradik yg lain...

moh kita nengok resepi......


Eggless Pandan Muffin
Sumber : Izzah Daut & Kak Dayang Jack
Bahan-bahan ( 6 ) 
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula (DJ guna 80 g )
  • 1/2 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan minyak masak (ana ikut kat DJ guna mentega cair)
  • 1 cawan santan pekat (kurangkan sedikit kalau santan cair)
  • 1 sudu besar Andrews Liver Salt/antacid or di malaysia- ENO
  • sedikit perasa Pandan + Warna hijau (ana guna air daun pandan) 
Cara-cara:
  1. Campurkan bahan kering (tepung, gula, soda bicarbonat, baking powder) ke dalam satu bekas.
  2. Campurkan bahan basah (santan, minyak, colour, perasa pandan) ke dalam satu bekas yang lain.
  3. Masukkan (2) ke dalam (1), sambil dikacau dengan garpu.
  4. Akhir sekali, ayakkan Andrew Liver Salt/ ENO. Kacau dengan garpu, biar sebati, tapi jangan terlebih kacau. 
  5. Rehatkan 5 minit.( cukup masa untuk ENO bertindak mengngeluarkan bubble)- mungkin tak berapa nampak, tapi mixture akan kurang likatnya.
  6. Masukkan ke dalam bekas muffin, bakar selama 30 min, 160 deg C. 
  7. Untuk perasa lain boleh try contoh di bawah. 
***Actually kukus lagi best kalau nak try option di bawah. kalau bakar kering sgt la pulak.
OPTION1: @Banana Muffin@: 2 biji pisang size kecil, 3/4 cawan susu soya [x]
OPTION2: @Apple Muffin@: 4 sudu besar Bramley apple source, 3/4 cawan susu soya
Dari resepi ni, macam-macam perasa boleh buat.
Selamat mencuba.