Followers

05 June 2012

Kek Plain Butter Susu





Kek nie hasil kejadian dek kerana melayan kerenah org mengidam...mak aku tiba-tiba request suh buatkan kek butter yang plain untuk pakcik aku yang dah lama teringin nak makan kek tu...
Kata dia..pakcik aku dah cari merata kek butter plain tu tak gak jumpa2...dek kerana kesian kan abang nyer..maka dia mintak aku tolong buatkan....

Aku layankan jelah kerenah dua beradik nie...resepi Kek Marble Susu Mek Anna Qawina nie pun dah lama aku intai2...cuma tak berpeluang jer nak buat...baca komen2 kat blog Anna ...rata2 semua puji kek nie gebu dan sedapppp ....so apa lagi terus amik jer resepi tu..cuma aku tak marblekan dia jer...

Ada satu kejadian tak diingini berlaku..ngeh..ngeh ..ngeh...aku nie punya satu perangai yang aku sendiri tak suka...suka tak baca resepi sampai habis...bila kek dah masuk oven..baru aku perasan ..yg aku tak letak susu cair dalam adunan tu...punyalah berdoa..agar tak bantat ler hasil kejadian kek tu nanti...dah ler nak kasi org...malu jer nanti...hhehehehehe...

 Lepas masak jer kek tu..aku tak sabar2 nak tgk dlm dia tu..dah ler masaknye aku raser lama gak..lebih dr sejam gak....
tak tunggu sejuk aku potong gak kek tu...nak tgk hasil kejadian Alhamdullillah...gebus giler kek tu...bau semerbak u olsss...
masa posing2 adik ipar aku duk kata 'kak..sedapnya bau...terliur kak'





KEK MARBLE SUSU
Sumber : Anna Qawina

Bahan-Bahannya 
  • 250 g mentega (ana guna Anchor salted butter)
  • 230 g gula halus
  • 2 camca teh ovallate
  • 4 biji telur gred A
  • 270 g tepung halus*
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 60 g susu pekat manis
  • 2 camca besar serbuk koko
  • 2 camca besar susu cair
  • 1 camca teh coklat emulco

Cara membuatnya :-)
  1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka.

No comments:

Post a Comment