Followers

25 June 2012

Fruit Tartlet




Dapat order dari kawan suh buatkan fruit tartlet nie...sempena Tea Party kat rumahnya Sabtu lepas...alamak tak penah lg buat jual tart nie..biaser buat tuk makan2 sendiri jer...disebabkan kengkawan dah mintak tolong kan...beranikan diri jugak ler buat tart nie...alhamdullilllah tuan punya tart tak cerewet....and dia suka tart nie...katanya cute n yummy...heheheh thanks dear....

Resepi di cedok hasil mengintai di blog Mak Lang...sifu baking kita merangkap tokey kek jugak....
selalu tgk Mak Lang buat fruit tart kat blog beliau..so cari punya cari...jumpa resepi ...
ana tumpang CnP resepi yg sedap nie kat blog anna pulak yer Mak Lang....




















FRUIT TARTLET
SUMBER : MAK LANG AZIE
PASTRY
Bahan-bahan :
(A)
200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila
(B)
1 biji telur
(C)
420g tepung
1 sudu besar susu tepung
Kaedah penyediaan :
1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu.
5. Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan.
6. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.

INTI KASTAD

Bahan-bahan :
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung (mklang suka guna tepung kastad lagik)
8 sudu besar gula (ikut manis tekak sendiri)
2 cawan (500ml) susu segar (mklang guna susu cair)
2 biji telur
2 sudu besar mentega
Kaedah penyediaan :
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan dan mentega.
4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.
*maklang mskkan sumer bhn sekali harung dlm periuk dan masakkan aje atas dapur

No comments:

Post a Comment