Followers

25 April 2013

Black Forest Cheese Tart




Mari mengetart di malam hari.....
Nie ler bahana duk sekodeng blog org hari-hari...sudahnya diri sendiri yg duk terliur mengidam itu ini...
dari sehari ke sehari berazam nak buat tart crust coklat nie...baca komen2 kat blog Seri Kandi haiyoooo mengancam you...sampai customer dia dua kali repeat order...
Balik jer kerja smlm...gigih terus membancuh crust shell ...sebab nak simpan dalam peti sejuk selama setengah jam sebelum bakar...(penah baca cara nie dpt rangupkan biskut)...
Lepas dah selamat perap crust  tu dalam petiais layan dulu 'Adam n Hawa' dulu before process menekan sebiji-sebiji yer kengakawan!! part nie yg buat aku selalu order jer nie...bagi aku yg pemalas tahap gaban nie...aku malas nak merenyah buat seketul2 tart tu....(rela i order ngan u Kak Fidah) ahahahhaha





Kalau ikut resepi tart shell nie bole dpt +- 80 biji...napa aku buat dpt 65 biji jer....nak kata shell aku tebal idak ler sgt...sedang2 elok jer di gigit ketebalannya.
Crust nie lepas masak...dimakan gitu jer pun dah sedap...macam makan sekut choc chip rasanya...(wah propa sgt ko kan Ana) yer...kalau ko tak caya...tanyer Balqis anak aku tu..berapa ketul dah dia songlap bwk lari crust2 yg dah siap bakar....


Okey meh layan resepi ...aku kongsikan kat sini agar korang yg meleleh ayaq liur bole buat sama2 gak eek...kalau tingin mcm biasa roger aku..aku leh suh member aku buatkan...

Resepi Crust Black Forest Cheese TartBahan-bahan & Cara-caranya :170 gm margerin (ana guna margerin brand buttercup)
50 gm gula icing
1 biji telur gred C

1/2 st esen vanilla
1 st coklat emulco
2 sb serbuk koko
270 gm tepung gandum

~ Pukul margerin dan gula icing dengan senduk kayu sekejap sahaja.
~ Masukkan telur, esen vanilla dan coklat emulco, pukul lagi guna senduk kayu hingga   sebati.
~ Masukkan serbuk koko, pukul rata-rata.
~ Masukkan tepung sedikit-sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut. kalau dah lembut berhenti tambah tepung.
~ Simpan 30 minit dalam peti sejuk sebelum ditekan ke atas acuan tart.
~ Bakar pada suhu 170 - 175 darjah selsius selama 30 minit.
~ Terbalikkan acuan untuk mengeluarkan crust, tidak perlu dicungkil.

Bahan untuk Filling:
  • 250g cream cheese - bagi lembut sikit sebelum pukul
  • 20g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum pukul
  • 60g gula halus/gula castor
  • 1 biji telur (saiz B)
  • Blueberry filling, strawberry filling atau apa2 filling yg digemari secukupnya 
Cara-cara :
1.      Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
2.    Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.*Ana pukul bagi halus & gebu. Kejap je..
3.    Pipekan filling dalam pasteri(crust) yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min. *Ana bakar agak2 je, 10 minit lbh kurang, cuba sentuh dgn jari permukaan cheese tu, kalau x melekat kat jari kira dah masak.
4.    Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling

 


No comments:

Post a Comment