Followers

05 February 2013

Rich Choc Muffin


Muffin nie aku buat sempena minum petang last weekend....tiba2 tekak nie terasa nak makan kek cokelat...yg penuh raser cokelat nyer..ehhehehe...yum..yum
intai bahan2 kat dapur...alamak serbuk koko dh out of stok...lupa lak nak beli hari tu...
aku penah terbaca resepi kat internet yg guna cooking choc instead of coco powder...so dari komen2 org yg penah buat ...semua ckp sedappppp

so apa lagi terus mengoogle...laju2 pegi dapur timbang segala bahan....
dan ini ler hasilnyaaaaa ...tadaaaaaaaaaaaaaa

Pada tekak aku yg sikit memilih nie..muffin nie memang ler sedap sesangat..terasa benar raser coklatnya..tak yah letak ganache bagai...sedap sesgt.....tak caya meh try...
aku jer habiskan 3 biji hokey....



 RICH CHOC MUFFIN
Bahan-bahan ( 10 biji )

* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  3. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  4. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  5. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  6. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

No comments:

Post a Comment