Followers

04 February 2013

Rainbow Cake






















Dah lama tak update blog....bersawang2 dah gamaknya...nie gara2 penyakit "M" melander...ditambah lak ngan mood and badan aku tak berapa nak sihat....penat giler penangan membuat DC....skrg musim durian pun dah suam-suam kuku...so bolehlah aku mencuba resepi2 baru...

Resepi hasil mengintai di rumah blog mek kelate....Anna Qawina...cuma aku doublekan resepi dek kerana tuan punya kek nak size besar..."rege nyer pun double ekk frenz"...buat rainbow kek nie renyah giler..dek kerana kena bakar selapis demi selapis...and aku just ada loyang size nie dua bijik jer..so kena gigih lepas selapis masak..gi mencuci loyang dulu before guna balik..hehehehe

Masa deco kek nie kan...si Balqis ralit duk ngadap aku duk mengaler setiap barisan layer tu.....sampai dia tanyer aku satu soalan yg kelakar pun ada. "Mama....tak penat ker buat kek tu?" aku jawab "Penat ler dik...tu sbb mama kata jangan buat sepah..nanti mama kena kemas rumah pulak lg penat tau!!" korang tau dia jawab apa balik kat aku???? "Mama kalau penat, esok tak payah buat kek lg!!" bertuah punya budak.....

Oklah penat dah aku membebel kat sini..meh kita masuk dapur tgk resepi yer puan-puan...


RAINBOW CAKE
Sumber : Anna Qawina

Bahan2 :
  • 430gm tepung gandum/all purpose
  • 4 sk baking powder
  • 1/2 st garam
  • 250 gm mentega
  • 340 gm gula kaster *aku letak 280gm sahaja
  • 375 ml susu segar
  • 5 biji putih telur suhu bilik
  • 2 st esen vanila/badam
  • Pewarna merah,biru,hijau,kuning,oren,unggu
  • serbuk koko secukupnya(jika perlu) - Aku tak letak pun

TOPPING/FROSTING :

A) 400 ml whip topping krim-di putar hingga kembang (untuk di sapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)

Loyang 8" di alas dan di gris

Cara-cara :


1-Ayak tepung,baking powder dan garam,ketepikan
2-Pukul gula dan mentega hingga gebu.Masukkan esen vanila diikuti putih telur,sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu
3-Masukkan tepung gandum,berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati
4-Bahagikan adunan dengan enam bahagian yang sama banyak(+-260 gm setiap mangkuk),letakkan pewarna yang berlainan.
5-Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 15 min pada suhu 170C.Bakar sehingga habis
6-Angkat dan sejukkan di atas redai.Keluarkan aras bawah kek
7-Letak lapisan pertama di atas papan kek,sapu krim secukupnya,ayak koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua,buat yg sama hingga habis
8-Sapu tipis seluruh badan kek dgn krim dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam atau semalaman.
Simpan krim slebihnya dalam peti sejuk
9-Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya
 


SELAMAT MENCUBA.....

No comments:

Post a Comment