Followers

18 February 2013

Cakes 3


Carrot Walnut Cake + Almond Flakes






RVCC









Carrot Walnut + Hawaian Coconut Cake









05 February 2013

Choc Cheese Mousse Cake

Introducing Our New Cake in the House

ChOcOLaTe ChEeSe MoUsSe CaKe




Special nyer Kek nie...ada 4 lapisan yer kengkawan


Lapisan Pertama -------- Crust daripada biskut and melted butter

Lapisan Kedua ------- Cream Cheese vanilla flavour ala2 ice cream

Lapisan  Ketiga ---------- Capuccino + Choc Mousse

Lapisan Keempat ---------- Choc Ganache (Beryls brand)

So apa lagi ...bagi yg berhajat tu mcm biaser yer...roger2lah saya...heheheheh


p/s : komen dari first customer saya - " beb...tak sia2 dtg amik kek ko jauh2 meredah traffic jam bagai...member2 aku ckp sedapppp and berbaloi"......( hanya Allah jer tau betapa bersyukur n kembang nyer hati aku nie...Alhamdullillah)

Rich Choc Muffin


Muffin nie aku buat sempena minum petang last weekend....tiba2 tekak nie terasa nak makan kek cokelat...yg penuh raser cokelat nyer..ehhehehe...yum..yum
intai bahan2 kat dapur...alamak serbuk koko dh out of stok...lupa lak nak beli hari tu...
aku penah terbaca resepi kat internet yg guna cooking choc instead of coco powder...so dari komen2 org yg penah buat ...semua ckp sedappppp

so apa lagi terus mengoogle...laju2 pegi dapur timbang segala bahan....
dan ini ler hasilnyaaaaa ...tadaaaaaaaaaaaaaa

Pada tekak aku yg sikit memilih nie..muffin nie memang ler sedap sesangat..terasa benar raser coklatnya..tak yah letak ganache bagai...sedap sesgt.....tak caya meh try...
aku jer habiskan 3 biji hokey....



 RICH CHOC MUFFIN
Bahan-bahan ( 10 biji )

* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  3. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  4. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  5. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  6. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Cakes 2





                                            Rainbow Cake 2kg++






















                                                                                          Choc Cheese Mousse Cake



04 February 2013

Shepherd Pie






SHEPHERD'S PIESumber: AnnaAlisya Kitchen Story

Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • Cendawan butang (dibelah 4)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • daun parsli (dicincang) - takde stok aku ganti ngan daun salam jer
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam - aku letak 1/2 sudu makan biji lada hitam yg dikisar
  • sedikit butter untuk menumis
  • 3 sudu makan cili giling
  • 3 sudu makan tomato sos
  • mozarella cheese
  • Garam secukup rasa


    Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan butter, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili giling tadi, tumis hingga cili benar2 masak kemudian masukkan tomato sos
  3. Masukkan pula daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  4. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain.
  5. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  6. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  7. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...

Sebelum kena bakar

 
Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
  • Baru kuar oven nie....


Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (aku  tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas kaca tahan panas.
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula dan taburkan mozarella cheese kut banyak mana korang suka....Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (api atas bawah yer) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  6. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

Rainbow Cake






















Dah lama tak update blog....bersawang2 dah gamaknya...nie gara2 penyakit "M" melander...ditambah lak ngan mood and badan aku tak berapa nak sihat....penat giler penangan membuat DC....skrg musim durian pun dah suam-suam kuku...so bolehlah aku mencuba resepi2 baru...

Resepi hasil mengintai di rumah blog mek kelate....Anna Qawina...cuma aku doublekan resepi dek kerana tuan punya kek nak size besar..."rege nyer pun double ekk frenz"...buat rainbow kek nie renyah giler..dek kerana kena bakar selapis demi selapis...and aku just ada loyang size nie dua bijik jer..so kena gigih lepas selapis masak..gi mencuci loyang dulu before guna balik..hehehehe

Masa deco kek nie kan...si Balqis ralit duk ngadap aku duk mengaler setiap barisan layer tu.....sampai dia tanyer aku satu soalan yg kelakar pun ada. "Mama....tak penat ker buat kek tu?" aku jawab "Penat ler dik...tu sbb mama kata jangan buat sepah..nanti mama kena kemas rumah pulak lg penat tau!!" korang tau dia jawab apa balik kat aku???? "Mama kalau penat, esok tak payah buat kek lg!!" bertuah punya budak.....

Oklah penat dah aku membebel kat sini..meh kita masuk dapur tgk resepi yer puan-puan...


RAINBOW CAKE
Sumber : Anna Qawina

Bahan2 :
  • 430gm tepung gandum/all purpose
  • 4 sk baking powder
  • 1/2 st garam
  • 250 gm mentega
  • 340 gm gula kaster *aku letak 280gm sahaja
  • 375 ml susu segar
  • 5 biji putih telur suhu bilik
  • 2 st esen vanila/badam
  • Pewarna merah,biru,hijau,kuning,oren,unggu
  • serbuk koko secukupnya(jika perlu) - Aku tak letak pun

TOPPING/FROSTING :

A) 400 ml whip topping krim-di putar hingga kembang (untuk di sapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)

Loyang 8" di alas dan di gris

Cara-cara :


1-Ayak tepung,baking powder dan garam,ketepikan
2-Pukul gula dan mentega hingga gebu.Masukkan esen vanila diikuti putih telur,sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu
3-Masukkan tepung gandum,berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati
4-Bahagikan adunan dengan enam bahagian yang sama banyak(+-260 gm setiap mangkuk),letakkan pewarna yang berlainan.
5-Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 15 min pada suhu 170C.Bakar sehingga habis
6-Angkat dan sejukkan di atas redai.Keluarkan aras bawah kek
7-Letak lapisan pertama di atas papan kek,sapu krim secukupnya,ayak koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua,buat yg sama hingga habis
8-Sapu tipis seluruh badan kek dgn krim dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam atau semalaman.
Simpan krim slebihnya dalam peti sejuk
9-Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya
 


SELAMAT MENCUBA.....