Fancy Cookies atau pun lebih dikenali ngan Sugar Cookies....3 hari 3 malam nak siapkan biskut nie...gara2 tgk kat blog kak Azlita Masam Manis tu....
terus otak aku terfikir nak buat biskut sebagai salah satu benda yg nak letak dlm goodies bag Burfday Irfan nanti...
Nampak macam senang...tapi hazabnya hanya Allah yang tahu...fuyoooo berpeluh dahi...lenguh2 pinggangku ini nak melukis satu2 ekor burung marah nie....
Memang gigih ler bagi mereka yg bole menjual Fancy Cookies nie..memang aku tabik spring ler...
Kalau tak pasal anak sendiri..memang ler aku takkan buat....
sure budak2 suka sbb comei biskut2 nie...
tapi hasil keras tangan ku ini tak ler sekemas mana..still mencomot di sana sini....
Bagi mereka yg tegar ....meh kita cuba ramai2...aku sharekan resepi kat sini..biskut nie kalau tak taruk royal icing tu pun dah sedap....rangup jer....
Fancy Cookies
225 gm mentega tanpa garam ~ kalau bergaram tak payah letak garam lagi
150 gm gula icing
1 biji telur ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam ~ kalau guna mentega bergaram sila abaikan
2 sudu teh baking powder
450 gm tepung.
Ayakan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
Satukan butter dan gula icing, dan pukul hingga berkrim
Tambahkan telur dan esen vanilla.
Dan terus memukul hingga sebati
Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan garam sedikit demi sedikit.
Putar hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
Letakkan doh atas plastik wrapping, bungkus kemas dan simpan dalam peti ais semalaman.
Keluarkan doh dari peti ais
Canai doh atas dua lapik plastik setebal 1/2 cm
Gunakan acuan pilihan dan terap
Susun doh atas dulang pembakar
Panaskan oven 15 minit sebelum membakar cookies
Suhu 180C, gunakan api atas dan bawah.
Bakar doh selama 10 minit atau sehingga cookies masak sempurna.
Setelah cookies masak, susun atas redai hingga ia sejuk sepenuhnya
Royal Icing
2 biji putih telur gred A
3 cawan icing sugar - diayak terlebih dahulu
2 tsp juice lemon
Pewarna yg disukai
Putar semua bahan sampai likat, anggaran 7minit. Bila dah agak pekat, letakkan pewarna yg digemari kemudian letak dlm piping bag.
Icing nie akak kering sendiri. tak perlu dibakar.