Followers

24 September 2012

ORDER LAGIKKKK







Choc Moist Cake 2.5++kg



Vanila Butter Cake with CreamCheese n Blueberry Filling







Choc Cheese Indulgence Cake



Caramel Rainbow Cake












Black Beauty Choc Moist Cake




Black Beauty Choc Moist Cake (Luv Shape)

19 September 2012

Percubaan kali ke5 akhirnya berjaya.....oh Pavlova Dealovaku



Alhamdulillah...percubaan kali ke5 baru berjaya..kali nie aku tak kurangkan pun sukatan gula...memang manis melejas ler...tp still sedap kat tekak aku sbb dibalance kan with fresh cream and stowberry yg masam manis nie...
Semangat nak buat Pavlova nie datang sebab masa balik kampong cuti Malaysia Day baru2 nie ...cousin aku bagi sebekas besar buah stowberry dari Cameron Highland...hubby cousin aku nie keja kat sana...so berlambak2 ler buah stowberry dia bawak hari tu....

 

tengok hasil kejadian disk Meringue yg retak2 nie...sebelum nie aku buat takde pun jadi cenggini...liat jer meringue nie walaupun dah nak garing kat luar tu...


Resepi kali nie aku dapat hasil mengintai blog "Kitchen Guardian"...Pavlova yg dia buat tempting habis...tu yg buat aku nak try...try...and try sampai berjaya...



PAVLOVA
Ingredients4 large egg whites...please use the freshest eggs you can find! Discard when you notice any trace of yolk in your white! Just trust me here, ya!
220g caster sugar
2 tbsp corn flour
1 tsp vinegar
400ml whip cream, abt 30% fat content, hubs didn't like the one with custard
1 tsp vanilla
1 tbsp icing sugar
abt 400 g berries fruits...the more the merrier for my family!

Method
Preheat oven at 150C. Make sure your bowl is squecky clean without any trases of oil or grease.

At medium speed, slowly whisk egg whites till stiff peak, about 3 minutes. Slowly add sugar, tablespoon by tablespoon, I'd like to work hastily all the time, but nah, not for this....go slow...and whisk for about 30 seconds before you add the next tablespoon of sugar. After you add all the sugar, whisk at medium high for about 4 to 6 minutes till you get a glossy and silky  meringue texture. Scrape down the bowl and add corn flour and vinegar, whisk at medium high for 2 minutes.

Prepare a baking tray with parchment paper, I used an 8 inch cake tin to draw an outline for my template for the meringue nest. Bake for 1 1/2 hours at 120C, once done, leave the Pavlova in the oven to cool.

To top, I whip the whipping cream with icing sugar and vanilla to soft peak and scatter with fruits.

Nope, there were no cracks when the meringue nest was done and the cracks you notice in the picture were due to the pressure when I pushed down the fruits, haha!


My First 3 Tiers Wedding Cake




Pertama kali dapat task nie...10x gak aku fikir..nak terima ker tak nie...sebab memang tak penah buat kek bertingkat nie...pengalaman lagi ler takde...cara nak cucuk tiang pun tak reti..nak beli tiang pun tak reti...selalu tengok dalam gambar jer...tak pernah terfikir..sebelum beli kena ukur bagai and ada bermacam2 bentuk tiang...


Adik aku memang kerja ngan orang katering..so everytimes ada wedding boss dia akan sponser 3 tiers Wedding Cake nie...adik aku kata tak kisah kek apa janji kek tu cantik...alamak aku nie tak reti nak mendeco bagai
first time gak aku google cara nak membuat teknik "Steam ButterCream" orang lain buat aku tgk licin jer..macam fondant pun ada...aku buat huru hara...bila dah tuang rupanya buttercream still pekat lagi...dah dia turun half jer..jenuh nak ketuk2 suh dia turun...taknak gak turun last2..aku ratakan jer guna spatula..tu yg jadi berbentuk tu..heheheheh...( Tak sabar nyer kes ler nie)


Tuan Sponser nak kek tema White Purple...mula2 dalam pala hotak nak kek kaler putih and deco with bunga purple...dua kedai aku ronda..takde gak stok bunga purple...alamak dah panik kejap ...so tukar plan balik..sudahnya curah buttercream kaler purple..and bunga kaler putih jer...nampak plain jer pulak...so aku tambah corak huru hara kaler putih..
aku tawakal jer hope boss adik aku tak komplen sangat...
oh ya kek kat dalam tu kek vanilla strawberry....resepi mcm aku buat marble kek jer..cuma aku marblekan ngan strawberry emulco...sedap...wangi semerbak time bakar kek tu...
size kek 10", 9" and 8"
next time kena buat size 12" 9" 7" kut baru nampak beza....nie yg tengah ngan bawah aku tgk dah dkt sama besar dah..heheheh takpe..for me nie ler pengalaman paling best aku dapat buat...if not..takkan aku sajer2 kan nak buat kek bertingkat bagai...

CLAP...CLAP...CLAP...For Myself...sambil tepuk bahu sendiri...ngeeee :))

11 September 2012

Kek Trio Marble

Kek Trio Marble


Projek sabtu lepas....dah tak tau nak buat apa teringan lak makan kek marble nie...
mak aku panggil kek butter bodo...ahahah napa bodo..maybe simple kut...tak yah bertoping bagai....
resepi nie memang dah  byk kali buat...aku memang suka guna resepi Cik Mat Gebu nie...
memang gebussss wpun dah berhari2 kek tu...kek nie tahan berminggu tau...


BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek

04 September 2012

Pavlova....Percubaan kali kedua


pavlova ku yg menipis...org lain punya elok jer tebal


Weekend lepas beranikan diri lagi mencuba pavlova nie...hari tu buat hampeh...lepas 2 jam..dia melekit balik
lepas duk menggoogle segala...BW merata blogger yg penah membuat pav nie...and terjah kawan2 yg jual Pav nie kat fb...so aku bakar ler balik ....tp still hasil kejadiannyer tak memenuhi piawaian aku....hu..hu..hu..
sungguh tak puas hati...waaaaaa
tapi dlm tak jadi....tak jadi tu..licin gak
ada sesiapa penah buat dan menjadi dengan jayanya tak???
sila bantulah hamba yg tak berapa pandai nie...
nak beli mahal...raser mcm membazir ler pulak...and tak puas makan... umat kat umah aku adalah meramai
harus kena buat sendiri.....





gambar sebelum masuk oven


PAVLOVA
Sumber: Kak Irma London


 
Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.
 
2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.  

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci.  

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.