Followers

31 July 2012

Tepung Pelita



Sana sini duk menayang tepung pelita nie kat blog masing2...aku duk menelan ayaq liur jer...so sabtu lepas..setelah chek bahan2 semua dah ada dlm simpanan...apa lagi...terus BW blog Izzah Daut...blogger masak memasak yg famous amous gitu...
Rasa memang yg macam kita beli kat bazar ramadan tu...sedap..lembut ....Irfan and Balqis suka sgt2..duk ulang makan jer...aku lak risau tak sempat nak merasa time berbuka nanti...



 
KUIH TEPUNG PELITA
resepi: kak Yani @myR


Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam


Cara-cara
Lapisan Pandan (Bawah)
Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.

Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap
Lapisan Santan (Atas)
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan

NOTA: Izah ikut sedikit tips daari joayee untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sb tepung ubi. Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dlam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisn hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sk gula. (ana ikut cara izzah)


No comments:

Post a Comment