Chewy Gooey Walnut Brownies
Sabtu lepas...badan memang terasa lemah sgt..dek kerana malam tadi kena serang dengan selsema yg teruk...hidung gatal yang teramat2...nie gara2 ramai benor...staff kat dept aku yg tak sihat...sana bersin ..sini bersin...sana demam..sini demam...so agaknya dah share aircond yg sama..aku pun terjangkit ler...
Wpun tak berapa sihat....mulut nie nak mengunyah jer..mula lah terbayang nak makan brownies yg rata2 dah start tayang menayang kat blog masing2...aku nie kan rajin BW...so nampak jerlah org masak itu ini...
Check dlm drawer...ada sebungkus walnut tak guna lg..ingat hari tu nak buat Carrot Walnut Cake..tapi seperti biaser kalau tak sampai seru..barang ada pun tak gerak gak dlm drawer tu kannnnn...sila angguk bg yg ada penyakit mcm saya...
Resepi hasil sekodeng kat blog kat Azlita Masam Manis....seperti biaser hari2 mesti skodeng dapur beliau..kalau tak tak bole tidur malam....
250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil
Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar
90 gm tepung
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu (Ana pilih walnut)
Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.
Chewy Gooey Walnut Brownies
Sumber : Azlita Masam Manis
Bahan2
5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang
Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc.
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.
Cara2
Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.
Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.
No comments:
Post a Comment