Dah lama peram resepi cream puff nie dalam draft, masa tak mengizinkan aku nak update blog...ditambah dengan penyakit "M" yang melander diri aku nie..ahahaha
Dapat resepi dari blog Mek Anna Qawina...memang marbeles lah Na...resepi mu memang menjadik...
semoga rezeki kawan ku ini bertambah murah dek kerana tak lokek ilmu baking membaking nie
Dah banyak kali buat cream puff nie dek kerana anak2 and adik beradik suka bebenor..sekali buat sure 2 adunan punya lah..
wokey malas nak celoteh pepanjang...mari kita layan resepi tau..
percayalah..korang follow step by step..sure menjadik dengan jayanya....
RESEPI CREAM PUFF
Sumber : Anna Qawina
Bahan-bahan
:
- 125grm butter
- 1 cawan air (250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
- 150grm tepung gandum *diayak bersama garam
- secubit garam
- 4 biji telur
- 1 sdk esen vanila
Cara-Cara
:
- Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
- Masukkan tepung gandum bersama garam
- Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
- Tutup api dan masukkan ke dalam mixer.
- Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
- Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.
- Masukkan juga esen vanila.
- Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat.
- Alas loyang dengan butter/paper/alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
- Buat sehingga habis, spray/sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.
- Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20-25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)
- "On" kipas oven jika ada.
- Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.
RESEPI INTI
KASTARD
Bahan-bahan
:
- 2 sdb tepung jagung
- 2 sdb tepung kastard
- 1 1/2 cawan susu segar *boleh guna susu cair dengan air -( 1 : 1)*lebih sedap
- 2 biji telur
- 1/2 - 1sdk esen vanila
- 3 sdb gula (boleh ditambah kerana inti ni kurang manis)
Cara-cara
:
- Satukan semua bahan di dalam periuk, kacau dengan api sederhana sehingga masak, likat & meletup-letup(mendidih)
- Inti boleh digunakan.
RESEPI INTI KASTARD
(Tanpa Telur)
Sumber : Kak Ida & Tun Telani
Bahan2:
- 2 camca besar tepung kastard
- 2 camca besar gula kastor
- 1 1/3 cawan susu segar
- 30 gram mentega (kurang lebih
2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla
Cara2:
- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
- Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
- Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
- *Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.
- Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
- paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
- Tabur gula icing diatasnya.
- Jemput makaaannn
No comments:
Post a Comment