Followers

28 April 2012

Order sepanjang minggu 25042012 - 28042012




RVC with blueberry and creamcheese filling






Choc Cheese Indulgece Cake with Edible Image






Non Baked Marble Cheese Cake





                                                      RVC





Carrot Walnut Cake with CreamCheese Frosting



36 pcs RVCC



 

                                                            Caramel Cake 

23 April 2012

Banana Chocolate chips Muffin


























Kalau ada pisang2 terlebih tu..baik buat muffin nie..fully recommended sbb sedap bangat kat tekak aku nie...memang aku suka byk apa makanan berasas kan pisang...cekodok ker...lempeng ker...lepat ker...muffin mahupun apam pisang...yum..yummmy...
Resepi hasil cilok kat rumah kat PUTERI MANJA...start berkenalan ngan kat PUTERI since kat fb....akak ku yg tak penah lokek segala ilmu baking membaking nie...kalau kat fb siap ada resepi step by step lagi...
bila kat PUTERI up status ckp dia dah ada blog masakan...aku lah org yg pertama kut...jengok blog dia yg best tu..eheheh kalau tak caya meh jengok...



BANANA CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
Sumber : rasa2selera PUTERI MANJA



BAHAN2NYA
1 ½ CAWAN TEPUNG GANDUM(DIAYAK)
80 GRM GULA BIASA
1 ½ SUDU KECIL BAKING POWDER(DIAYAK)
¼ SUDU KECIL GARAM
1 CAWAN PISANG YG DAH LENYEK
1 BIJI TELUR GRED A
120 GRM BUTTER (DICAIRKAN)
¼ CAWAN SUSU SEGAR(PAKAI SUSU CAIR PUN BOLE GAK)
100 GRM CHOCOLATE CHIP ATAU NAK LEBIH PUN BOLE(ASINGKAN SUKU TUK DILETAK DIATAS ADUNAN)


CARA2NYA
1. “BAHAN A” SATUKAN TEPUNG, GULA, BAKING POWDER DAN GARAM DI DALAM MANGKUK. KACAU RATA(GUNA SUDU JERR).

2. “BAHAN B” SATUKAN PULA SUSU, BUTTER DAN TELUR KEDALAM MANGKUK LAIN. KACAU RATA MENGGUNAKAN WHISK SAJERR. SETELAH RATA MASUKKAN PISANG. KACAU LAGI HINGGA RATA.

3. MASUKKAN BAHAN B KEDALAM BAHAN A DAN KACAU RATA DENGAN MENGGUNAKAN WHISK ATAU SENDUK.

4 AKHIR SEKALI MASUKKAN COKLAT DAN GAUL HINGGA SEBATI. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM MANGKUK MUFFIN ½ ATAU ¾ PENUH. JGN PENUH SANGAT KANG TERKELUAR LAK HUHU…

5 BAKAR ADUNAN PADA SUHU 180C SELAMA 15 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. KALAU NAK GARING LAGI BAKAR LAMA SIKIT K…


SELAMAT MENCUBA!!!

Homemade Chicken Nuggets




My doter Balqis...memang ler gemar sesengat makan nugget nie...malas nak galakkan dia makan nugget nie nanti badan dia yg sedia bambam tu makin membesar ler jawapnya...susah lak aku nak carikan dia baju rayer nanti...

oklah jom kita tgk resepi homemade chicken nugget nie pulak yer...resepi yg healhty (yelah yg kat pasaran byk campur benda yg kita tak tau...) disamping bagi anak2 makan dari air tangan sendiri kan...senang and simple sgt2...dpt pun byk gak...puas makan...and kenyang...resepi di cedok dari dapur Qaseh Honey dan menurut beliau..resepi asal dari blog dZana@Inspirasiku   bole nengok link yg QH letak nanti yer...jom semak resepi...


P/S: aku goreng 10 ketul..balqis bole habiskan 6 ketul tau...betapa sedapnya ler haiii


HOMEMADE CHICKEN NUGGET
Sumber : Qaseh Honey
Sumber Asal: dZana@Inspirasiku



Bahan2
500 g isi ayam, dikisar
2 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit oregano
3 sb tepung gandum
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Coating
Serbuk roti/oat..secukupnya untuk ‘coating’
1-2 biji telur


SELAMAT MENCUBERRRR


Apple Crumble Pie for minum-minum petang...








           Balik umah nengok ada byk epal merah kat dlm petiais...nie sure mak aku ler yg beli nie...tiba2 dlm kepala otak ligat nak buat apple pie...tapi dulu aku penah buat yg guna ready made puff pastry tu...akak aku suka ler..aku cam kurenggggg...apa lg...menggoogle ler segala resepi apple pie yg ada...akhirnya hati terpaut pada satu resepi nie...resepi di rumah kak Zai teratak Impian....nampak menyelerakan ko....apple pie dia...
aku terus BBM akak aku yg suka makan benda nie...yelah makan kalau tak berkawan tak best kan...tanyer dia kul berapa nak dtg umah mak...dia pun bila aku meroger ckp nak buat apple pie..laju jelah kan..



APPLE CRUMBLE PIE


Bahan-bahanUtk Crumble *loyang 18cm
  • 100g tepung gandum
  • 40g gula
  • 80g butter sejuk dr peti ais
  • sedikit garam
Utk Inti
  • 3 biji epal - kupas dan potong dadu
  • 2 sudu mkn gula perang
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
Cara-cara
  • Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan.
  • Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal. (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).Bakar sekejap dlm 10minit.
  • Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
  • Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
  • Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan ke dalam peti sejuk.

SELAMAT MENCUBERRR
Heart Shape Carrot Walnut Cake & Order 23042012





Resepi kali nie hasil BW ke rumah kak Zu Semanis gula....kek Kak Zu semua cantik2 belaka...hari2 mesti aku sekodeng blog beliau....
First time buat Carrot Cake masa hari Ibu last year...tapi guna resepi Mat Gebu...tu pun meletoppp gak uolllls...
Resepi asal dari First MasterChef Malaysia Ezani....and menurut beliau..resepi nie adalah resepi carrot cake yg terbaik yg penah beliau cuba dan telah membawa tuah dlm hidupnya semasa ujibakat  pertandingan masterchef baru2 nie.....

 

                                                             kek yg baru lepas masak...belum di make overkan lg..ehhehe



pandang dari depan yer...(nak gak tunjuk heart shape tu...loyang baru beli tau)


CARROT WALNUT CAKE
Resepi Asal : Chef  Ezani



Ayak semua bersama-sama dan ketepikan2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1 ½ sudu kecil baking soda  

2 ½ sudu kecil serbuk kayu manis                
1 sudu kecil garam


Pukul dengan pemukul atau senduk kayu
4 biji telur
1  1/3 cawan gula
1 ½ cawan minyak sayuran (ana guna minyak jagung)
2 ¾ cawan lobak merah diparut
1 cawan kelapa kering (ana tak letak)
1 cawan kismis/sultana/blackcurrant - (ana guna blackcurrant)
1 cawan nanas dihancurkan (nanas dalam tin dikisar sedikit dalam food processor)
1 cawan walnut yang sudah dipanggang, dicincang kasar 
  
Cara21. Panaskan oven ke suhu 165°c.
2. Sediakan bekas pembakar (resipi ini unutk kek 10x10inci atau 13x8inci,atau anda boleh bahagikan kepada dua bekas kecil, atau  buat cupcakes! Tetapi perlu kurangkan masa membakar untuk kek yang lebih kecil). Sapukan tepi dan dasar bekas membakar dengan minyak/mentega dan letakkan kertas pembakar yang dipotong mengikut saiz bekas di dasar bekas membakar.
3. Tambah campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sehingga sebati.
4. Campurkan bahan-bahan yang selebihnya.
5. Tuangkan ke dalam bekas membakar dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga lidi sate yang dimasukkan ke dalam tengah-tengah kek keluar kering. (Nota: untuk cupcakes periksa kek anda selepas kira-kira 20 minit)
6. Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam tin, kemudian terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan dan sediakan aising.



Aising cream cheese
200g cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
50g mentega, dilembutkan pada suhu bilik
2 ½ cawan gula aising, diayak
1 sudu kecil esen vanila




SELAMAT MENCUBERRR 




 Order RVCC 12pcs utk org yg baru lepas berpantang..ngeh..ngeh..ngeh  


17 April 2012

Kek Marble Strawberry Coklat




Malam semalam tiba mood rajin aku datang...dari dlm komuter lagi dah terbayang nak makan kek Marble yg selalu aku buat dulu...masa nie tak pandai sangat nak buat kek2 yg lain...
Masa balik semalam hujan lebat sesangat...adoi...aku nie kalau hujan sure mata mcm ada gam...nak tidur jer..tapi bila dah lepas maghrib tu hujan macam dah reda..so melajukan kaki ke dapur kuarkan butter and timbang barang2 semua...
Time nie jugakler digital scale aku tu buat perangai...mula2 tak bole nak on...dah on tak bole pulak nak berhenti nombor tu....adoiiii kalau ikut hati aku yg kurang kesabaran nie..nak jer aku campak dlm tong sampah...tapi memandangkan scale tu dah byk berjasa time2 aku mengekek...harus aku simpan gak dlm muzium umah aku tu....he..he..he..
google punya google..terjumpa resepi mat gebu nie...sementalah ramaai yg memuji kesedapan dan kegebuan kek marble resepi cik mat nie...nama asal kek nie Kek Marble Trio...aku jer yg derhaka tukar nama Kek Marble Strawberry Coklat








Kek Marble Strawberry Coklat

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence (aku ganti vanilla esen jer)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek

14 April 2012


CHOCOLATE PANDAN CUPCAKES







Jumaat lepas balik jer dari ker...bergegas aku ke dapur menyinsing lengan ...buat cupcakes nie...sejak kat Azlita Masam Manis tayang kat blog nyer...kecur liur ku terasa2 keenakkan cupcakes  nie...bahan2 memang sedia ada dlm esbok cuma lupa nak call adik aku suh kuarkan dulu butter supaya jadi suhu bilik...



Nie ha aku punya cupcake tak cantik mcm kak ita punya..tapi raser maintain sedap ko...tak caya tanya adik beradik aku..sempat aku bekalkan sorang 4 ketul bwk balik umah..ngeh..ngeh ngeh...



Chocolate Pandan CupCakes

250 gram mentega~ di  cairkan  dan sejukkan
250 gram gula kastor
250 gram tepung gandum, diayak
8 biji telur
1 camca besar ovallate
4 camca besar susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco
1 camca teh pes pandan
Perawna kuning dan hijau

Panaskan oven pada suhu 170C
Susun cawan kertas dalam loyang muffin ~ ketepikan

Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit).
Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak, satu diletak pandan paste dan pewarna hijau ~ kacau rata.
Satu lagi diletak coklat emulco dan serbuk koko ~ kacau sebati.
Satu bahagian lagi letakkan paste vanila dan sedikit pewarna kuning ~ kacau rata
Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan, kuning  dan coklat.
Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak.
Keluarkan kek dan susun atas redai hingga kek sejuk


SELAMAT MENCUBA.............



ORDER 14042012 & 15042012



24pcs RVCC



RV Cake







50pcs Apam Polkadot




Caramel Rainbow Cake

09 April 2012

Apam Kukus Choc Chips



Apam nie dah lama buat tapi terlupa nak buat entry...hehehe tadi masa check2 gambar kat BB aku baru terperasan gambar apam nie...
so better aku update resepi untuk kemudian hari kut2 nak buat lagi kan..lgpun kan aku dah kata...blog nie kira harta pusaka yg aku tinggalkan utk 'Princess Balqis" ku..hehehe

Resepi asal dari kak Wan Citarasawan and kak wan bagi nama Apam Kukus Chocolate Rice...memandang choc chips aku masih byk ...so aku guna jer lah and derhakan sket nama and resepi kak wan itu...tapi still maintain sedap and gebusss ....ampunnn kak..larikkkkk

Apa yg aku perasan...anak2 aku...kureenggg sket ngan apam nie...diaorg lebih suka makan kek or muffin...sudahnya aku sedekahkan apam2 nie ker rumah jiran2 ku.....


Apam Kukus Choc Chips
sumber : Kak Wan Citarasawan

Bahan-bahan
200gm gula halus
2 biji telur
160ml air
200gm tepung gandum
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh double action baking powder
25gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco / 1 sudu teh serbuk koko hitam
1 sudu kecil ovalette
30gm coklat rice (ana ganti choc chips)




Cara-cara :
1.  Satukan telur, gula dan air.  Pukul hingga putih dan berbuih.
2.  Ayak bersama tepung, serbuk koko, garam, baking powder.  Masukkan sedikit demi sedikit di dalam adunan telur sambil di pukul perlahan hingga sebati.  Masukkan coklat emulco dan ovalette dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi kental.
3.  Masukkan coklat rice dan kaup balikkan hingga rata.
4.  Panaskan pengukus.  Masukkan adunan ke dalam acuan yang di alas cawan kertas.  Jarakkan acuan supaya apam boleh mengembang sepenuhnya.  Tuang adunan hingga penuh.
5.  Kukus selama 15-20 minit bergantung pada saiz.
Jalan-jalan ke rumah MakLang Azie......08042012


tembamnyer pipiku itu..mcm mana nak sorok..hu.hu.huk..




Tgk tajuk macam aku gi bertandang ke rumah org kan tapi kali nie bukan sajer2 bertandang tau bertandang menimba ilmu ngan maklang Azie.  Kali nie aku belajar RVC yg dah lama tertangguh dek kerana perkara yg tak dpt dielakkan!!

Kali ke3 aku g berguru ngan Kak Azie...memang seronok belajar ngan dia...dia sangat ramah and sempoi ala2 mcm kat umah jer...tak ramai student ( satu kelas max 4 org jer) senang nak belajar hands on...so mcm aku yg beginner tu senang nak faham...




Resepi maklang berbeza sedikit dari yang lain tu sbb ada letak capucino emalco tapi rasa tetap sama!




To Cik Anna Qawina tertunai ler hasrat kita nak share2 resepi ngan awk..meh kita tgk resepi k....

RED VELVAT  CHEESE CAKE
Sumber : Mak Lang Azie


Bahan2
250g butter
260g gula perang
4 biji telur
1st esen vanilla
250g tepung naik sendiri} ayak bersama
15g serbuk koko}
1st capucino emulco
1sb golden syrup

Buttermilk (200g susu cair + 1sb cuka)
1/2sb pewarna merah + 1/2 rose pink

1st cuka } kacau sebati
1/2st soda bikarbonat}

Cara2

Pukul butter + gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu bersama esen vanilla
Masukkan tepung yg dia ayak tadi
Masukkan emulco capucino
Masukkan buttermilk dah pewarna
Akhir sekali masukkan pes cuka
Bakar 50minit suhu 170C

Cream Cheese Topping
500g w/cream - pukul sampai jadi soft peak
250g CreamCheese
60g gula icing
110g butter
lemon emulco

Cara2

Pukul CreamCheese + butter + gula icing + lemon emulco. Masukkan w/cream yg dah gebu td sebatikan.





Order 09/04/2012




MACARONI BAKAR





Dah lama tak masak macaroni bakar nie...adik beradik dah lama request nak makan..cuma masa jer tak sempat ..ada jer agenda yg nak buat..so hari nie memandangkan takde aktiviti nak buat..so tgh hari lg aku dah masak benda nie....aku belajar makan benda nie dari officemate dulu...lelaki tau...tp mamat nie memang suka masak memasak...ok meh kita tgk resepi pulak...







Macaroni Bakar
Sumber : AnnaAlisya


Bahan2

1 paket macaroni ( aku guna sunremo) - di rebus
500 gm daging kisar
7 biji telur
2 biji bawang besar*
1/2 labu bawang putih* - di tumbuk halus
1 inci halia*
2 sudu minyak sapi (utk menumis)
6 sudu planta
1 senduk kecil cili kering yg telah diblender
1/2 botol kecil cili sos
1/2 botol sos tomato
1 tin cendawan butang
1 biji tomato masak - potong dadu
bunga lawang , biji pelanga dan kayu manis

Cara2

Rebus macaroni dan campur sedikit minyak masak supaya tak melekat diantara satu sama lain.  Panaskan minyak sapi dan planta....tumis bahan2 yg ditumbuk halus tadi....bila dah garing masukkan cili blender, tunggu sehingga cili garing baru masukkan cili sos, cili tomato, bunga lawang, biji pelanga dan kayu manis.  Lepas tu masukkan tomato yg dah di potong dadu tadi...bila semua dah sebati...masukkan daging...biar sampai mendidih dan daging dah masak ...masukkan pulak cendawan....pecahkan 2 biji telur dari 7 biji tadi...kacau perlahan....masukkan dlm kuali terus masukkan macaroni yg telah direbus tadi....kacau cepat-cepat...tutup api...Masukkan macaroni yg dah siap goreng tadi ke dalam loyang...padat2 kan...lepas tu pecah kan 5 biji telur dlm mangkuk asing....kocok sket...tuangkan telur2 tadi atas permukaan macaroni tadi...kalau nak letak cheese pun ok gak..tpi ana tak letak sbb takde stok kat umah...ratakan telur ke seluruh permukaan macaroni tadi...bakar dlm oven suhu 170C selama 35minit (api atas bawah)...
tunggu sejuk baru hidangkan..kalau tak nanti masa potong dia berderai...

Selamat Mencuba......





Donut Kentang




Irfan dah lama request nak makan donut...cuma mama nyer jer yg malas nak buat....my BM pun dah lama rehat...tuannya dah malas nak meroti...
Sabtu lepas mcm takde aktiviti sgt..mula ler otak tu berfikir2 nak buat apa tuk minum ptg nanti...
oklah...layan jelah kerenah anak2...Irfan nie jenis yg susah nak makan nasi...dia suka roti, mee , pasta , pizza...anak mat salleh sorang nie...berbeza ngan adik dia Balqis..bagi makan apa jer..semua telan..senang anak aku sorang tu...


Resepi dah lama kutip dr umah Izzah si "Muffin Lover"...izzah nie pun memang suka buat donut..kalau tak caya cuba jengah umah dia...pelbagai donut dari kentang ler...keledek ler...izzah nie rajin try in error resepi dia...menjadik lak tu...tu yg solute ngan cik kak sorang nie...

Jom kita intai resepi...moga tuan umah mendapat lebih keberkatannya lagi yer....



Donut Kentang
Sumber : Izzah Daut

Bahan-bahan
- Aku buat half dari resepi dpt dlm 15 ketul comei2-

2 Biji Ubi kentang (direbus dan dilenyek)
4 Cawan Tepung Gandum (diayak 2 kali)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu teh yis segera
sedikit garam
1 cawan air
2 sudu besar planta
1/2 cawan gula pasir


Cara-cara

Rebus ubi kentang sehingga lembut. Kemudian lenyek sehingga halus.
Ayak tepung gandum sebanyak 2 kali.
Gaulkan Tepung gandum, Planta, Gula, Garam, Susu tepung, Susu Pekat manis dan Yis bersama air dan juga kentang lenyek tadi
Uli sehingga tepung menjadi doh
Biarkan doh tersebut seketika sehingga doh tersebut naik. Perapkan lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi bagus.
setelah doh tadi naik, ambil acuan donut dan tekapkan pada tepung tadi.....
Goreng sampai nampak kekuning-kuningan......taburkan gula icing (gula yang telah dikisar halus) - aku guna gula castor jer...dah siap bole makan.......
Selamat Mencuba